Penyerang Dari Ghana Bakal Jadi Pertaruhan Baharu Harimau Malaya?

Nampaknya, beberapa perubahan besar akan terus melanda skuad Harimau Malaya dengan perkhabaran baharu menyatakan seorang lagi pemain naturalisasi bakal didaftarkan untuk pasukan kebangsaan.

Terdahulu, kem Harimau Malaya dilaporkan bakal melakukan beberapa perubahan besar dalam kalangan pemain untuk memacu Malaysia ke arah lebih tinggi di pentas antarabangsa.

Antara perubahan yang dinyatakan sebelum itu terarah kepada calon pemain warisan baharu serta beberapa tonggak naturalisasi untuk didaftarkan pada masa hadapan.

Laporan terbaharu penyerang dari Ghana iaitu Jordan Mintah dilaporkan menjadi calon terbaharu untuk didaftarkan selaku pemain naturalisasi selepas beliau dilihat sudah pun memenuhi syarat diperlukan.

Rekod menyaksikan Mintah sudah pun berada di Malaysia selama lima tahun dengan Terengganu menjadi destinasi sulungnya ketika itu sebelum kini tampil begitu menyerlah.

Jordan Mintah Wajar ‘Diikat’ Lebih Lama Oleh Kuching City

Sepanjang menyertai Liga M, Mintah telah merekodkan banyak jaringan dan membuktikan dirinya antara pemain import berkualiti selama beberapa musim.

Menurut perkongsian sumber kepada Harian Metro, pemain tersebut kini sudah pun dipantau dan memiliki potensi besar untuk mewakili skuad Harimau Malaya.

“Mintah mungkin calon terbaharu untuk dinaturalisasikan. Dia dah cukup lima tahun dan tidak mempunyai masalah untuk diambil.

“Memandangkan dia bermain di posisi penyerang, kehadiran pemain sepertinya boleh menambah kekuatan pasukan yang kini dalam proses revolusi,” kata sumber tersebut menerusi perkongsian Harian Metro.

Musim ini menyaksikan ia antara detik terbaik buat Mintah apabila beliau menjadi antara penjaring terbanyak di saingan Liga Super bersama nama-nama besar lain.

Tampil dengan jangkaan rendah, Mintah tidak menghadapi sebarang tekanan musim ini untuk bergelar penggempur berbisa Kuching City menerusi statistik jaringannya buat pasukan tersebut.

11 gol kini sudah pun diledak Mintah untuk menjadikan beliau selaku antara penyerang berbisa Liga Malaysia (Liga M) bersama barisan pemain-pemain elit lain.

Tiga gol peribadi baharu dilakar Mintah ketika Kuching City menewaskan Kelantan Darul Naim (Kelantan DN) menerusi keputusan 3-0 dengan aksi ditampilkan beliau cukup membanggakan.

Menerusi momentum semasa Mintah, beliau dilihat mampu menjadi aset terbaharu buat Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN