Penyerang Berpengalaman, Fakri Saarani Sah Sertai Kuala Lumpur

Fakri Saarani, Kuala Lumpur

Pemain yang pernah mendapat pendedahan di Liga Divisyen 3 Portugal, Ahmad Fakri Saarani kini telah sah menyertai Kuala Lumpur untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkara tersebut diumumkan menerusi laman rasmi Facebook KLFA sebentar tadi yang akhirnya mengesahkan desas desus sejak kelmarin mengenai penyertaannya ke skuad Warga Kota.

Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu beraksi dalam liga adalah ketika bersama Melaka United pada musim lalu. Untuk musim ini, Fakri Saarani belum lagi dipinang oleh mana-mana pasukan.

Kuala Lumpur dikhabarkan mahu mengukuhkan jentera serangan mereka dan dengan kehadiran pemain seperti Fakri Saarani yang pernah beraksi bersama kelab Portugal, Atletico SC pada penghujung 2012 hingga 2013, pasti akan banyak membantu.

Fakri Saarani juga pernah menimba pengalaman bersama skuad Harimau Muda, Perlis, Felda United, Kedah dan juga FELDA United.

Fakri Saarani, Atletico SC
FOTO: arsenal4u.com

Pemain yang bermula karier profesionalnya bersama Perak di usia 18 tahun ini juga memiliki hampir 30 penampilan bersama skuad kebangsaan serta lebih 40 penampilan bersama skuad muda.

Bersama skuad B-23 negara, pemain yang dilahirkan di Kelantan itu pernah meraih dua pingat emas iaitu pada edisi 2009 dan 2011, ketika beraksi di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Pengendali yang bertanggungjawab memperkenalkan bakat muda ini pada ketika itu adalah Steve Darby dan hasilnya, Fakri Saarani berjaya menempa nama, meledak hatrik dalam aksi debutnya.

Aksi terakhirnya bersama skuad kebangsaan adalah dalam saingan Piala AFF 2016 ketika tewas kepada Myanmar 0-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan – Malaysia tersingkir awal.

Memetik kenyataan di laman rasmi, Kuala Lumpur turut berharap beliau kembali menyinar, “Semoga Fakri kembali menyinar dalam arena bolasepak dan seterusnya membantu Kuala Lumpur.”

Kuala Lumpur ketika ini berada di kedudukan kedua tercorot di Liga Super 2019, dua mata lebih daripada FELDA United dan sedang bersaing mengelak penyingkiran ke Liga Premier 2020.

Berbaki lapan perlawanan, Kuala Lumpur yang kini dibimbing oleh Chong Yee Fatt masih berpeluang mengelak penyingkiran kerana perbezaan mata di kalangan kelompok bawahan liga tidak jauh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN