Penyerang Berkualiti Seperti Bergson Layak Bermain Di England

Bergson da Silva

Dalam saingan Liga Super, kita mempunyai pelbagai nama yang begitu menyerlah sebagai penyerang dan Bergson da Silva adalah salah satunya.

Pemain yang cukup tajam di depan pintu gol ini sememangnya cukup menggerunkan apabila lawan bertemu dengannya, malah kualiti bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) pernah menjadi sebutan pihak luar.

Kini, nama Bergson sekali lagi disebut-sebut oleh mereka yang berada di Brazil. Di Twitter, sebuah lama penyokong kelab yang bersaing dalam Liga England iaitu Wrexham cawangan Brazil telah memetik nama penyerang JDT itu.

Dalam sebuah untaian, nama Bergson telah dipetik jika kelab berpengkalan di Wales tersebut mahu mendapatkan penyerang baharu apabila mereka beraksi di saingan EFL League Two musim hadapan.

Melabelkan Bergson sebagai raja dalam kancah bola sepak Malaysia, kualiti pemain itu terlalu bagus untuk Liga Super dan boleh bermain di saingan luar.

“Bergson boleh dianggap sebagai raja di Malaysia. Angka yang beliau miliki cukup mengejutkan, pada 2021 beliau memperoleh 23 gol dalam 24 perlawanan.

“Pada musim 2022, beliau menjaringkan 29 gol dalam 19 perlawanan. Beliau cukup hebat dan menjaringkan banyak gol. Sejak tiba di Malaysia, beliau sudah menjaringkan purata lebih daripada 1 gol per perlawanan,” ciap laman tersebut.

Laman tersebut berasakan yang pasukan seperti JDT adalah kelab yang bertaraf kelas pertengahan di National League yang merupakan liga divisyen lima England.

Akan tetapi, penyerang sehebat Bergson ini tiada masalah untuk menggegar EFL League dan boleh menghasilkan gandingan hebat bersama-sama bintang sedia ada iaitu Paul Mullin di bahagian serangan.

“Kami percaya yang Bergson boleh bermain di EFL League Two dengan mudah. Gandingan bersama-sama Paul Mullin akan menggegar divisyen empat England. Bergson juga pernah menjadi penjaring terbanyak Serie B Brazil,” kata laman itu lagi.

Selain Bergson, satu lagi nama yang dipetik adalah Leandro Damiao yang pernah beraksi di Jepun.

Pemain yang pernah menjadi Pemain Paling Bernilai J.League turut pernah menjadi penjaring terbanyak liga tersebut serta di Sukan Olimpik.

Sebelum ini, Wrexham yang dimiliki oleh bintang Hollywood iaitu Ryan Reynolds dan Rob McElhenny berjaya menjuarai saingan National League sekali gus kembali ke EFL selepas 15 tahun.

Menarik untuk disaksikan bagaimana persiapan mereka untuk EFL League Two kelak, adakah nama Bergson akan terus menjadi sebutan?

Lagi satu, Wrexham cawangan Brazil dah ada, yang Malaysia punya tak ad ke?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN