Penyerang Berbisa Selangor Miliki Peluang Untuk Pintas Fernando Forestieri

Penyerang import Selangor musim ini, Ayron Del Valle tidak mengambil masa yang lama untuk terus memberikan impak besar dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi kualiti penyudahnya.

Apa tidaknya, ketika ini Ayron sudah pun meledak 16 gol buat Selangor khas untuk aksi Liga Super sahaja bersama persembahan yang cukup konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi.

Hadir dengan reputasi yang cukup tinggi di Columbia, maka tidak hairan penyerang berbisa ini memberi impak cukup besar buat Selangor pada musim ini di posisi serangan.

Ketika ini, Ayron memiliki peluang cukup besar untuk memintas penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fernando Forestieri yang masih unggul selaku penjaring terbanyak Liga Super.

Forestieri kini yang sudah beberapa perlawanan tidak beraksi kerana masalah kecederaan kekal memimpin status penjaring terbanyak dengan 17 gol diledak oleh bekas penyerang Udinese itu.

Ketika status kecederaan masih lagi menghantui Forestieri, ini menjadi suatu peluang cukup besar sebenarnya buat Ayron untuk memintas beliau jika dirinya terus kekal konsisten.

Hadir dengan kualiti penyudah serta bijak melepaskan diri daripada perangkap pertahanan lawan, ianya menjadi suatu aset cukup besar sebenarnya buat Ayron selaku penyerang prolifik.

Walaupun begitu, penyerang utama Selangor ini perlu berwaspada kerana bekas penjaring terbanyak musim lalu iaitu Bergson da Silva kini semakin konsisten mendapatkan sentuhannya semula.

Walaupun bermula dengan agak perlahan, kini Bergson semakin membuktikan sentuhan berbisa beliau masih belum hilang dengan rekod hatrik dicatatnya ketika menentang Sabah.

Kini, Ayron sedang diekori rapat oleh Bergson yang sudah pun mencatat 16 jaringan secara keseluruhan buat JDT dalam saingan Liga Super musim ini.

Persaingan sengit membabitkan tiga pemain tersebut jelas sesuatu sangat mengujakan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang ingin mengetahui siapa bakal merangkul gelaran penjaring terbanyak 2023.

Untuk pemain tempatan, hanya nama Faisal Halim sahaja setakat ini yang kelihatan selepas beliau sudah pun meledak lapan gol untuk musim pertamanya bersama Selangor.

Namun, momentum tersebut kini pastinya terjejas selepas Faisal dilaporkan sedang menjalani hukuman penggantungan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN