Penyerang Berbisa Palestin Jadi Mangsa Korban Siri Serangan Udara Terbaharu Zionis

Palestin nampaknya terus kehilangan permata bola sepak mereka akibat daripada kekejaman dilakukan oleh rejim zionis Israel dengan terbaharu, bekas penyerang berbisa negara tersebut, Mohammed Barakat turut terkorban.

Menerusi laporan dikeluarkan, Barakat terkorban di rumahnya sendiri sekitar Khan Younis selepas pengeboman dari ruang udara Gaza oleh Israel.

Lebih menyayat hati, Barakat terkorban pada hari pertama arwah menyambut 1 Ramadan bersama beberapa lagi masyarakat setempat sekitar kawasan itu.

Untuk rekod, Barakat merupakan seorang perwira yang dijulang di Gaza dan antara penyerang terbaik pernah muncul serta merekodkan tiga kali penampilan keseluruhan buat skuad kebangsaan Palestin.

Barakat juga merupakan salah seorang tonggak utama beraksi untuk Al-Ahly Gaza yang merupakan sebuah kelab tempatan di Palestin kini.

Pada usia 39 tahun, Barakat telah pun merekodkan 114 gol dan diakui ramai masyarakat setempat dengan gelaran “Legenda Khan Younis” atas kehebatan beliau selaku bintang bola sepak.

Gelaran itu timbul ketika ketika awal pembangunan bola sepak Barakat yang dilantik selaku kapten dan beraksi untuk bola sepak padang serta pantai dengan sangat cemerlang.

Rekod menyaksikan pemain kelahiran Palestin itu turut mewakili beberapa lagi pasukan dengan rekod cukup baik termasuk Al-Shoala di Arab Saudi.

Kehilangan Barakat dianggap sebagai suatu kehilangan cukup besar buat Palestin dan diakui sendiri oleh bekas rakan sepasukannya iaitu Khalid Abu Habel.

“Saya pernah beraksi menentang beliau. Barakat boleh dianggap sangat pantas dan bijak. Seorang yang hebat dan penjaring gol yang dahsyat.

“Di luar padang, Barakat menunjukkan sisi beliau sebagai seseorang yang cukup baik dan peramah. Rakan kesayangan buat semua orang,” jelas dirinya menerusi Al-Jazeera.

Abu Habel yang juga merupakan seorang doktor untuk Hospital Al-Aqsa Martyrs mengakui komuniti bola sepak di sana kian menghilang sejak peperangan ini berlanjutan.

“Berapa ramai lagi kita bakal saksikan kehilangan demi kehilangan? Komuniti sukan di Gaza kini boleh dikatakan sudah pun terhakis.”

Mengenai pemain bola sepak Palestin, musim ini di Malaysia juga menyaksikan bintang kebangsaan sana yang sebelum itu bermain dalam kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar bakal beraksi untuk saingan Liga M iaitu Oday Kharoub.

Kharoub yang mewakili Kelantan United jelas ingin menyampaikan mesej kepada orang ramai mengenai bola sepak di Palestin masih lagi wujud dan pemain mereka masih bebas beraksi untik tatapan dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN