Penutup 2019 Yang Terbaik – Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan yang menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

“Kemenangan sebentar tadi membuka peluang buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu terus berada dalam persaingan merebut tempat ke pusingan seterusnya dan layak ke Piala Asia 2023.”

“Tahniah juga diucapkan kepada seluruh barisan kejurulatihan, pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan penolong pengurus pasukan, Dato Posa Majais bersama kapten pasukan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan semua pemain.”

Datuk Haji Hamidin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ultras Malaya dan penyokong Harimau Malaya yang setia memberi semangat dan mendoakan skuad kebangsaan tidak kira di mana berada.

“Penyokong sememangnya mengharapkan kemenangan hari ini dan ia umpama penutup tirai terbaik 2019 dan hadiah buat rakyat Malaysia,” kata Datuk Haji Hamidin.

Terdahulu, Datuk Haji Hamidin berkesempatan bertemu dengan Presiden Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) yang baru dilantik, Jeneral Polis Mochammad Iriawan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pertemuan ringkas menjelang saingan menentang Indonesia ini membincangkan pelbagai perkara khususnya kemajuan bola sepak antara dua negara.

“Kedua-dua negara mempunyai sejarah yang cukup lama dalam sukan bola sepak sekali gus menjadikan perseteruan di atas padang cukup unik.

“Kita harapkan Harimau Malaya dan Sang Garuda akan terus bersaing secara sihat demi kecemerlangan di peringkat antarabangsa,” tambah Datuk Haji Hamidin.

Hadir sama Naib Presiden PSSI, Iwan Budianto dan Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria.

Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia. Ianya kemenangan ‘back to back’ dalam derbi Nusantara itu.

Gol Malaysia adalah menerusi Safawi Rasid yang meledak dua gol dalam aksi ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN