Penswastaan Selangor Pula Diluluskan, Logo ‘Keramat’ Terus Dikekalkan

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan permohonan pihaknya untuk melengkapkan proses penswastaan pasukan telah pun diluluskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi pada 29 September yang lalu.

Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam kenyataannya yang disiarkan dalam laman web rasmi pasukan menjelaskan dengan penswastaan tersebut, terdapat perbezaan peranan yang akan dilihat di antara FAS dengan pasukan utama akan menggunakan nama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) itu nanti.

Menurut Johan, FAS akan memberikan tumpuan penuh kepada pembangunan akar umbi seperti pendidikan jurulatih, penyeliaan lesen dan mutu para pengadil di peringkat negeri, selain membangunkan liga dan kejohanan bola sepak di peringkat negeri.

Ia termasuk pengurusan bola sepak peringkat sekolah, bola sepak wanita, serta pembangunan kelab-kelab bola sepak amatur dan kelab ahli gabungan di Selangor.

Sementara Selangor FC di bawah pengendalian syarikat Red Giants FC Sdn Bhd pula bertanggungjawab dalam aspek pemerkasaan skuad utama Selangor, Selangor 2, pasukan Futsal Selangor serta program pembangunan skuad Piala Presiden, Piala Belia dan pasukan Wanita Selangor.

“Red Giants FC Sdn Bhd dimiliki oleh beberapa pemegang saham seperti Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor (selaku pemegang saham utama), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Incorporated (MBI) dan FA Selangor,” ujar Johan.

“Walau bagaimanapun, struktur pegangan saham ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan kekal kerana Red Giants FC Sdn Bhd sentiasa terbuka untuk menerima pelabur yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemegang saham syarikat ini.”

Tidak seperti beberapa pasukan yang mengambil pendekatan untuk menggunakan logo baharu bagi pasukan mereka, Selangor FC akan menggunakan logo sedia ada yang berbentuk perisai, dengan lambang jata Selangor di bahagian atas.

Namun kelainan pada logo Selangor FC berbanding logo asal hanyalah pada perkataan ‘persatuan’ yang digantikan dengan perkataan ‘kelab’. 

“Keputusan tersebut diambil kerana logo ini cukup bermakna dan simbolik, selain telah lama sebati dengan pasukan Gergasi Merah. Ianya juga merupakan lambang keberanian dan kedaulatan yang ada pada pasukan Selangor dan dilihat tidak mudah untuk ditukarkan begitu sahaja.”

Kredit Foto: FA Selangor

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN