Affandi Hamzah: “Pasukan Kelantan Akan Diswastakan Tak Lama Lagi”

hukuman

Bersedia semua penyokong Kelantan, penswastaan pasukan Kelantan bakal tiba tak lama lagi!

Menurut Berita Harian Online, perkara itu telah pun dipersetujui oleh para Exco KAFA yang diketuai oleh pemangku presiden – Datuk Seri Affandi Hamzah.

Lebih menarik mengenai penswastaan ini, ia turut bakal melibatkan para penyokong dalam usaha penswastaan ini.

Tetapi bagaimana ia akan berfungsi?

Menurut Affandi, ia bakal melibatkan 2 pihak dalam penswastaan ini iaitu pihak swasta serta pihak penyokong.

Saham KAFA akan dibahagikan secara 70-30 dengan pihak swasta bakal memiliki 70% pegangan saham dan 30% lagi pegangan saham bakal dimiliki oleh kumpulan penyokong.

“Pembahagian saham persatuan membabitkan kira-kira 70 peratus untuk syarikat swasta manakala 30 peratus lagi menjadi milik penyokong negeri ini.”

Keputusan untuk menswastakan pasukan ini telah dipersetujui oleh ahli Exco KAFA dalam sebuah mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

Ia turut dihadiri oleh Setiausaha Agung KAFA iaitu Datuk Ismail Md Noor.

Penswastaan pasukan ini adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh pasukan Liga Malaysia menjelang musim 2018.

Kegagalan penswastaan pasukan dilakukan boleh menyebabkan pasukan tidak dibenarkan menyertai Liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN