Penswastaan Diluluskan, Perak Bakal Bergelar Bos Gaurus FC

Bos Gaurus FC

Selepas berita mengenai Kedah dan Pahang bakal berubah identiti pada nama pasukan, Perak juga dilihat mengambil langkah sedemikian apabila bakal menikmati proses penswastaan dengan bergelar Bos Gaurus FC.

Meskipun masih belum ada pengumuman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), sumber Berita Harian dan Harian Metro telah mengesahkan perkara tersebut.

Sehubungan dengan itu, sumber Harian Metro menyebut bahawa nama Bos Gaurus FC telah digunakan oleh PAFA berdasarkan kepada pendaftaran yang dilakukan ketika proses penswastaan kepada pihak FAM.

Bos Gaurus sememangnya sudah sebati dengan pasukan Perak apabila gelaran tersebut mula diberikan kepada pasukan juara lapan kali Piala Malaysia itu pada musim 2014.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed menegaskan bahawa badan induk bola sepak tanah air itu tidak meletakkan sebarang garis panduan terhadap penggunaan nama pasukan.

Tetapi, yang menjadi keutamaan ialah setiap nama yang dipilih perlu mendapat persetujuan penganjur saingan Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL).

”Proses penswastaan tidak meletakkan syarat setiap pasukan harus mengekalkan nama atau identiti masing-masing berdasarkan negeri.”

“Cuma setiap perubahan nama perlu dikemukakan kepada MFL untuk mendapatkan kebenaran perubahan nama pasukan nanti,” katanya.”

Kredit featured image: Terengganu Football Club

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN