Penjelasan ‘Pak Long’ Berhubung SOP Bola Sepak Dikritik Netizen

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri  Ismail Sabri Yaakob terus menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air apabila penjelasannya bagi merungkai kekeliruan berhubung keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menangguhkan aksi TM Piala Malaysia 2020 mendapat respon hangat daripada netizen.

Perkembangan terkini yang dilihat tidak memihak pasukan bertanding itu sentiasa menjadi tumpuan utama peminat bola sepak ketika saingan TM Piala Malaysia sudah menghampiri peringkat suku akhir.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan dalam usahanya untuk memberikan penerangan lebih lanjut dan jelas berkenaan masalah tersebut.

Pak Long teliti pelbagai komen yang diutarakan warganet berkenaan penganjuran bola sepak.

Pak Long faham kemarahan beberapa penyokong bola sepak yang merasakan ketidakadilan kerana perlawanan bola sepak adalah dilarang sepanjang PKPB.

Izinkan Pak Long menerangkan sedikit mengapa perlawanan bola sepak tidak boleh dilaksanakan agar tidak timbul salah faham berpanjangan mengenai perkara ini.

Dalam perlawanan bola sepak, penjarakan sosial adalah mustahil malah berlaku pertembungan dan bersentuhan di atas padang lebih-lebih lagi dalam keadaan berpeluh.

Semestinya perlawanan bola sepak melibatkan beberapa negeri dan akan melibatkan pergerakan rentas negeri.

Di dalam bilik persalinan juga sukar di kawal SOP dan begitu juga sewaktu ke tempat perlawanan dengan bas. Pastinya persentuhan akan berlaku.

Banyak bahayanya kepada pemain bola sepak itu sendiri dan juga krew-krew yang terlibat dalam perlawanan bola sepak.
Perlawanan bola sepak ini bukan lah dibatalkan terus tetapi ditangguhkan sehingga tamat PKPB.

Bukan lah Pak Long hendak melarang sebarang aktiviti sukan. Tidak. Pak Long faham ramai rakyat Malaysia meminati sukan dan menjadikan sukan bola sepak sebagai pilihan tontonan utama. Pak Long sendiri pun penyokong Pahang FA dan #kekalsetia menyokong Chelsea FC.

Tetapi keputusan ini diambil bagi mengambil kira pelbagai aspek yang jelas untuk kebaikan bersama.

Lagipun rakyat sudah dimaklumkan dalam PKPB, pertandingan berpasukan tidak dibenarkan. Sukan SUKMA juga dibatalkan secara sukarela.

Fikirkan juga keselamatan dan nyawa pemain-pemain bola sepak kita.

Namun, penjelasan itu masih belum dapat diterima sepenuhnya oleh para peminat walaupun ramai amat memahami penerangan   yang dilakukan kerana mereka beranggapan keputusan diambil kerajaan itu bersifat ‘double standard’.

Hal ini kerana penganjuran program hiburan masih dibenarkan oleh pihak kerajaan dan netizen mahu program-program tersebut juga perlu dibatalkan.

Status yang dimuatnaik itu telah menggamit hampir 3200 komen daripada netizen dan dikongsikan oleh 419 orang pengguna laman sosial tersebut setakat artikel ini ditulis.

Berikut adalah antara komen balas yang menarik perhatian daripada netizen terhadap isu ini:

 

Penutup

Selepas rayuan yang dibuat ditolak MKN, Malaysian Football League (MFL) menoktahkan teki teki tersebut dengan membuat keputusan untuk membatalkan saingan TM Piala Malaysia 2020 dengan slot ke Piala AFC 2021 secara automatik menjadi milik Terengganu FC.

Kredit featured image: Ismail Sabri Yaakob

Baca artikel lain dari kami mengenai Liga Malaysia:

     RASMI: TM Piala Malaysia 2020 Dibatalkan   

     FAM & PFAM Duduk Semeja, Bincang Penyelesaian Isu Bola Sepak Malaysia   

     MKN Tak Benarkan JDT Terbang Ke Doha Bagi Hadapi Saingan ACL   

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN