Penjaga Stadium KLFA Buat Laporan Polis Selepas Difitnah Khalid Samad

Stadium KLFA

Entiti yang diamanahkan untuk menjaga Stadium KLFA di Cheras, Arcadin Services Sdn Bhd telah menepis dakwaan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) iaitu Khalid Samad atas isu berkenaan gelanggang rasmi Kuala Lumpur City itu.

Baru-baru ini, Khalid ada mengadakan sidang media bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard dan juga Setiausaha Agong KLFA iaitu Nokman Adam berkenaan isu ini.

Dalam sidang media tersebut, Khalid mendakwa Arcadin adalah punca kenapa KL City tidak mampu berlatih di stadium tersebut sebaliknya menggunakan padang Taman Pudu Ulu dekat Taman Shamelin Perkasa sebagai tempat latihan.

Namun begitu, ianya adalah fitnah belaka dan dalam kenyataan rasmi mereka, Arcadin telah melakukan laporan polis terhadap sidang media yang dilakukan oleh Khalid, Stanley dan Nokman itu.

“Segala dakwaan tersebut adalah tidak tepat dan berunsur fitnah dengan memberi laporan yang salah kepada pihak media bagi memberi tanggapan buruk ke atas pentadbiran Arcadin di dalam pengurusan stadium.

“Susulan dari itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak Arcadin pada 13 Julai 2022 ke atas tuduhan-tuduhan tersebut oleh pihak KLFA. Pihak Arcadin menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” kata pihak Arcadin dalam kenyataan mereka.

Sebelum ini, Khalid mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkan hak penjagaan stadium kepada KLFA dan KL City supaya skuad Warga Kota boleh kembali berlatih di stadium tersebut.

Mereka berpendapat apabila pihak swasta seperti Arcadin menjaga stadium, mereka hanya cuma mahu mendapatkan keuntungan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN