Penjaga Gol Terengganu Anggap Keputusan Seri Bertemu JDT Sudah Memadai

Penjaga gol Terengganu, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin boleh dianggap sebagai antara penjaga gol tempatan paling konsisten pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Berada bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, jelas Nasrulhaq tampil begitu menonjol dalam setiap perlawanan dihadapi dengan dirinya berjaya mengetepikan pemain berpengalaman seperti Suhaimi Husin serta Rahadiazli Rahalim.

Disebabkan itu beliau kini tampil bersemangat untuk mengharungi aksi seterusnya bagi memastikan Sang Penyu terus konsisten di saingan Liga M pada musim 2024/2025.

Untuk aksi seterusnya, Terengganu bakal berdepan dengan aksi cukup mencabar apabila mereka akan menerima tentangan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Nasrulhaq menjadi antara pemain paling bersemangat kini untuk memastikan rekod positif mampu dilakar Sang Penyu ketika berdepan cabaran pasukan gergasi Asia Tenggara tersebut.

Menurut pemain berusia 25 tahun itu, beliau jelas tampil bersedia untuk mengharungi aksi tersebut jika dirinya mendapat peluang dalam kesebelasan utama oleh barisan kejurulatihan kelab.

“Jika diberi peluang bermain, sudah pasti saya berazam untuk memperagakan aksi terbaik lebih-lebih lagi ianya bakal menjadi penampilan pertama saya menentang pasukan JDT itu.

“Saya juga harap dapat bantu pasukan dan elak pintu gol daripada dibolosi, pada masa sama turut mengharapkan barisan pertahanan dapat mengekang pergerakan dan asakan pemain lawan yang diakui begitu berbahaya.

“Bagi saya keputusan seri sudah memadai beraksi di tempat lawan sekali gus dapat mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super,” ujar pemain tersebut menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, Nasrulhaq juga tampil merendah diri dan enggan mengakui beliau kini selaku penjaga gol utama Terengganu selepas melihat dua lagi rakan sepasukannya.

“Saya tidak rasa bergelar penjaga gol nombor satu kerana dua lagi penjaga gol tidak kurang hebatnya, tapi ini mungkin rezeki saya selepas mengikut perancangan dan tunjuk ajar daripada barisan kejurulatihan sekali gus mampu menambah lagi minit permainan saya,” kata beliau akhir sekali.

Terengganu setakat ini tampil begitu gah tanpa mencipta sebarang kekalahan selepas mereka mengharungi lapan perlawanan di pentas domestik.

Kekuatan seimbang ditampilkan Sang Penyu musim ini di segenap posisi menjadikan mereka selaku antara kelab paling berbahaya selain JDT, Selangor, serta Kedah Darul Aman dalam Malaysia.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN