Penjaga Gol PDRM, Hamdan Sairi Beri Respons Baik Terhadap Rawatan Kemoterapi Leukemia

Penjaga gol PDRM FA, Muhammmad Hamdan Sairi sedang berada di landasan terbaik untuk pulih daripada penyakit leukemia yang dihadapinya selepas memberi respons yang baik terhadap rawatan kemoterapi beliau.

Ketika ditemui oleh wakil PFAM di majlis aqiqah dan doa selamat yang diadakan di kediaman mertua beliau di Sungai Kandis, Shah Alam semalam, Hamdan kelihatan semakin sihat selepas menjalani rawatan kemoterapi ketiga baru-baru ini.

Beliau yang dijadualkan akan menjalani rawatan kemoterapi keempat dan transplan pemindahan darah pada 25 Oktober 2017 nanti turut diberi harapan cerah oleh doktor untuk pulih sepenuhnya.

Antara wakil PFAM yang hadir menziarahi Hamdan semalam adalah Exco PFA Malaysia, Rudie Ramli dan Mohd Fairuz Abdul Aziz serta Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail.

Pada bulan Julai 2017 lepas, Semuanya BOLA melaporkan Hamdan disahkan mengalami penyakit leukimia dan terpaksa melupakan permainan bola sepak untuk sementara waktu bagi memfokuskan diri mendapatkan rawatan sebaik mungkin.

Pada masa yang sama, Hamdan turut meminta bantuan doa daripada peminat-peminat bola sepak tempatan untuk mendoakan agar proses pemulihan beliau berjalan dengan lancar.

“Saya memohon kepada semua rakan-rakan dan penyokong bola sepak mendoakan saya agar kembali pulih hendaknya,” kata beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh PFAM.

Kami di Semuanya BOLA sentiasa memberikan sokongan moral kepada Hamdan dan mendoakan agar beliau pulih sepenuhnya dan kembali beraksi seperti sedia kala.

LAWATAN KEDUA PFA MALAYSIA BERTEMU MUHAMMAD HAMDAN

PFA Malaysia dijemput oleh penjaga gol pasukan PDRM FA, Muhammmad…

Posted by PFA Malaysia on Sunday, October 22, 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN