Penjaga Gol PDRM FA Ini Ditimpa Ujian Besar, Hadapi Penyakit Leukimia

Penjaga gol PDRM FA, Muhammad Hamdan Bin Sairi (gambar bawah) dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur disebabkan masalah kesihatan.

Semalam kami dikejutkan dengan perkhabaran bahawa Muhammad Hamdan disahkan menghidap penyakit Leukimia.

Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang pembaca kami yang juga merupakan sahabat kepada Muhammad Hamdan baru-baru ini.

Menurut satu lagi sumber kami yang merupakan pegawai kepada Muhammad Hamdan dalam perkhidmatan ATM, beliau disahkan menghidap Leukimia sejak 16 Jun.

Kesihatan beliau yang terjejas pada awalnya, disangka disebabkan oleh virus denggi.

Penjaga gol berusia 29 tahun ini aktif beraksi bersama PDRM FA sejak musim 2011.

Muhammad Hamdan tampil dalam kebanyakkan aksi PDRM FA pada musim ini, termasuk dalam saingan 100 Plus Liga Perdana Malaysia dan dan saingan Piala FA 2017.

Perkhabaran terbaru ini pasti sesuatu yang menyedihkan komuniti bola sepak di negara kita.

Walaupun begitu, masih belum ada pengesahan daripada pihak pengurusan PDRM FA berkenaan masalah kesihatan Muhammad Hamdan.

Sebelum ini, bekas penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee dilaporkan menghidap kanser paru-paru dan terpaksa berehat panjang untuk tujuan rawatan.

Sudah pasti Muhammad Hamdan Sairi turut terpaksa berehat panjang daripada tugasan bersama PDRM FA, untuk menjalani proses rawatan melawan penyakit Leukimia ini.

Kami di Semuanya BOLA mengharapkan beliau dan keluarga terus cekal untuk melawan penyakit Leukimia yang dihadapinya.

Sama-sama kita doakan agar Muhammad Hamdan Bin Sairi kembali pulih sepenuhnya dan kembali beraksi seperti sedia kala.

Semoga cepat sembuh Muhammad Hamdan Sairi!

Sumber:

Facebook

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN