Penjaga Gol Notts County Ulangi Tragedi Kesilapan Shay Given

Notts County

Penjaga gol sudah lali dengan kesilapan. Cuma, kesilapan manakah yang akan menjadi igauan sepanjang karier mereka?

Kita boleh tanyakan kepada Ryan Schofield, penjaga gol Notts County.

Memalukan

Kejadian ini berlaku dalam perlawanan EFL League Two antara Carlisle United menentang Notts County. Kane Hemmings menjaringkan dua gol untuk pelawat mendahului kedudukan.

Namun, kecuaian Ryan Schofield mengundang padah kepada pelawat. Beliau meletakkan bola di atas padang tanpa menyedari penyerang tuan rumah, Hallam Hope ada di belakangnya.

Lantas Hope mencuri peluang itu lantas menjaringkan gol. Kejadian itu berlaku sewaktu minit ke-76.

Tetapi ia tidak mematahkan semangat Notts County apabila Lewis Alessandra menjaringkan gol ketiga. Meskipun kalah pada perlawanan tersebut, gol Hope akan diingati oleh penyokong tuan rumah sebagai gol melucukan.

Sia-sia?

Kemenangan Notts County itu bagaimanapun masih tidak mampu mengubah nasib mereka apabila terus berada di zon penyingkiran.

EFL League Two memperuntukkan dua kelab tercorot carta akan diturunkan ke National League.

Notts County mengutip 32 mata selepas beraksi 37 perlawanan setakat ini.

Carlisle masih selesa berada di kelompok 8 teratas EFL League Two. Mereka kurang 1 mata untuk berada dalam zon play-off. Carlisle yang berpangkalan di Cumbria itu pula mengutip 56 mata hasil mengharungi 37 perlawanan.

Ulangan?

Siapakah lelaki Irish tidak tahu di mana Dublin? Shay Given orangnya.

Jenaka nakal ini sebenarnya pernah terjadi kepada mantan penjaga gol Newcastle United, Shay Given.

Pada perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 1997/98, Shay Given secara cuai meletakkan bola di hadapannya. Dan beliau tidak menyedari penyerang Coventry, Dion Dublin di belakangnya.

Dublin lantas menyepak bola itu dan memasuki ruangan gol. Dan gol itu dikira.

Perlawanan berkesudahan dengan skor Coventry City 2-2 Newcastle United.

Lebih 20 tahun kemudian, peristiwa ini berulang kembali. Dan ironinya, kedua-dua kelab yang melepaskan gol itu digelar Magpies!

Tak lain tak bukan Newcastle United dan Notts County!

Kredit foto: Nottinghamshire Live

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN