Penjaga Gol Muda Terengganu Idam Wakili Harimau Malaya

Penjaga gol muda Terengganu II yang kini beraksi dalam saingan MFL, Nazul Izamil Zulkifli menjadi antara bintang-bintang baharu yang mempunyai hasrat besar untuk mewakili pasukan kebangsaan pada suatu hari nanti.

Menjadi lumrah buat mana-mana pemain bola sepak profesional sebenarnya yang ingin untuk sekurangnya sekali menyarung jersi pasukan kebangsaan dalam karier mereka walaupun hanya sekali.

Ini termasuk dengan impian Nazul yang tampil sebagai antara pemain paling menyerlah bersama Terengganu II musim ini bawah kendalian Hairuddin Omar.

Pada usia 22 tahun, perjalanan karier Nazul masih lagi panjang dan beliau sebenarnya berpotensi tinggi untuk beraksi di pentas antarabangsa jika prestasinya terus konsisten setiap musim.

Selain menyarung jersi Harimau Malaya, penjaga gol muda itu turut mempunyai impian untuk mewakili mana-mana pasukan dalam saingan Liga Super dan sedia mempertimbangkan tawaran masa akan datang.

Walaupun begitu, Nazul juga turut sedar dengan persaingan sengit bakal dihadapi beliau kini untuk menyertai pasukan kebangsaan atau mana-mana kelab dalam saingan Liga Super.

Persaingan sengit sudah tentu bakal dihadapi pemain tersebut kerana banyak penjaga gol muda atau senior turut mempunyai kelebihan tersendiri untuk mengetepikan dirinya.

Nama penjaga gol muda seperti Rahadiazli Rahalim, Sikh Izhan Nazrel serta beberapa lagi kini dilihat sebagai pesaing sengit buat Nazul untuk cuba menembusi pasukan kebangsaan.

Apapun, Nazul menjelaskan impian beliau untuk terus menyarung jersi pasukan kebangsaan tidak terpadam dan akan terus berusaha pada masa hadapan untuk merealisasikannya.

Musim ini menjadi detik terbaik sebenarnya buat Nazul selepas beliau berjaya memastikan Terengganu II meraih gelaran juara Piala MFL selepas pasukan tersebut menewaskan cabaran Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sebelum itu.

“Saya masih belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan yang mahukan khidmat saya.

“Tapi saya mahu fokus dengan pasukan TFC II terlebih dahulu dalam misi mengekalkan kejuaraan trofi itu pada musim depan, lagipun saya masih berbaki kontrak selama setahun lagi,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Sepanjang bersama Terengganu II, Nazul mempamerkan statistik cukup baik selaku penjaga gol buat pasukan tersebut selepas beliau hanya dibolosi 12 gol sahaja daripada 19 perlawanan dilalui dirinya bersama pasukan tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN