Penjaga Gol Ini Catat Hatrik Unik, Selamatkan 3 Penalti Dalam 1 Perlawanan

Lazimnya kita dengar pemain akan menjaringkan hatrik dengan menjaringkan 3 gol bukan?

Itu masih lagi normal. Namun hatrik yang cukup hebat adalah apabila pemain tersebut menjaringkan hatrik sempurna  dengan menjaringkan hatriknya menerusi kaki kanan, kaki kiri dan tandukan.

Selain daripada itu kita juga pernah dengar hatrik bantuan gol ataupun hattrick of assist yang lazimnya akan diperoleh oleh perancang pasukan seperti Mesut Ozil.

Namun bagaimana dengan hatrik menyelamatkan sepakan penalti?

Kami akan perkenalkan kepada anda penjaga gol yang bernama Cammy Bell.

Selamatkan 3 sepakan penalti

Cammy Bell merupakan penjaga gol pasukan yang bermain di Scottish Championship, Dundee United.

Ketika dalam aksi liga menentang Dunfermline Athletic di East End Park, semua pihak menyangka mereka akan disajikan dengan aksi bola sepak yang biasa-biasa sahaja tanpa ada sebarang perkara menarik berlaku.

Namun, para penonton disajikan dengan aksi cemerlang daripada Bell.

Aksi menyelamat penalti #1

Semuanya bermula pada minit ke-9 apabila penyerang Dundee United, Simon Murray memegang bola dengan tangan dalam kotak penalti.

Gavin Reilly yang mengambil sepakan penalti untuk Dunfermline Athletic gagal menyempurnakannya selepas Bell menepis bola itu keluar dari gawangnya.

screen-shot-2016-09-12-at-6-37

Aksi menyelamat penalti #2

Namun pada minit ke-28, Dunfermline sekali lagi memperoleh penalti selepas Bell menjatuhkan Reilly.

Nicky Clark pula yang mengambil sepakan penalti untuk pasukan tuan rumah namun sekali lagi Bell menepis bola itu keluar dari gawangnya.

screen-shot-2016-09-12-at-6-38

4 minit kemudian Dunfermrline memperoleh sepakan penalti ketiga pula!

Kali ini Paul McMullan cuba untuk menjaringkan penalti untuk pasukan tuan rumah.

Namun begitu, Bell sekali lagi menjadi hero United apabila menyelamatkan penalti tersebut sekali gus beliau telah menyelamatkan 3 penalti dalam masa 23 minit!

screen-shot-2016-09-12-at-6-39

Hari terbaik dalam karier

Kejayaan Bell menyelamatkan 3 penalti bertambah manis apabila Dundee United berjaya menang 3-1 hasil jaringan Simon Murray dan dua gol jaringan Tony Andreu. Manakala Micheal Paton menjaringkan gol tunggal Dunfermline.

Bell membawa pulang bola perlawanan selepas merakam hatrik menyelamatkan 3 penalti dalam satu perlawanan.

“Saya tak boleh nak berhenti dari senyum.”

“Bagi saya perkara ini hanya terjadi sekali seumur hidup, jadi saya tak rasa perkara ini akan berlaku lagi,” katanya.

Bell juga mengaku ini merupakan persembahan terbaiknya sepanjang kariernya.

“Persembahan saya ini ternyata persembahan terbaik dalam karier saya. Dan saya akan sentiasa ingat peristiwa ini sepanjang hidup saya.”

Pengurus Dundee United, Ray McKinnon juga mengatakan persembahan Bell itu adalah persembahan terbaik yang pernah beliau saksikan.

“Bell ternyata menakjubkan dengan persembahannya itu. Ini adalah hari yang terindah buatnya.”

“Saya tak pernah lihat penjaga gol menyelamatkan 3 penalti dalam satu perlawanan jadi saya boleh katakan Bell berada di kelas yang tersendiri.”

Bell boleh berasa bangga dengan dirinya kerana sebelum ini pernah menjadi bahan ketawa selepas beliau ‘menumbuk angin’ ketika perlawanan Scottish Premiership Play-Off Final setahun lalu.

Prestasi Bell ini mengingatkan kami kepada persembahan Sharbinee Allawee ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia dahulu. Ketika itu, Sharbinee menyelamatkan 2 dari 3 penalti yang diperoleh Chinese Taipei.

Cammy Bell, kami tabik anda!

Baca juga: Buffon Tulis ‘Surat Cinta’ Untuk Pintu Gol Sempena Rekod Serie A Yang Dipecahnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN