Ada perkara luar jangka boleh menyebabkan seseorang pemain bola sepak mengalami kecederaan. Salah satu perkara luar jangka yang boleh mendatangkan kecederaan ialah kemalangan jalan raya.
Tetapi bagaimana jika sedang melakukan aktiviti lain? Entahlah, ada yang melucukan dan tak kurang menjengkelkan.
Namun begitu, kisah sebegini perlu diambil iktibar supaya keselamatan diri dapat dijaga tidak kira masa dan tempat!
Malang tak berbau
Lee Burge, penjaga gol Coventry City telah mengalami kecederaan di dahi sewaktu menonton perlawanan hoki ais. Kecederaan itu berpunca apabila cakera hoki ais mengenai dahinya.
Kejadian itu berlaku pada Ahad semasa Lee dipercayai menonton perlawanan antara Coventry Blaze menentang Sheffield Steelers.
Lee terus dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Beliau kemudiannya muncul pada sesi latihan pasukan pada Isnin.
Suara Twitter
Great night at the ice hockey .. Won’t be going there again 🤕 🙄
— Lee Burge (@LeeBurge01) September 30, 2018
Lee Burge mengakui tidak mahu menonton perlawanan hoki ais dek kejadian malang tersebut. Malah, Sheffield Steelers memohon maaf di atas kejadian tersebut.
The club passes on their best wishes to @Coventry_City goalie, @LeeBurge01, who took a nasty blow to the face sat in the crowd last night.
These fluke incidents do happen at games and we're sorry it was you in the firing line. Get well soon Lee 🍊 #PUSB #Steelers19
— Sheffield Steelers (@steelershockey) October 1, 2018
Namun begitu, gawang Coventry City berkemungkinan tidak diisi oleh penjaga gol malang ini. Coventry City dijangka akan menentang Portsmouth pada Rabu pagi (waktu Malaysia).
Liam O’Brien bakal beraksi bagi menggantikan tempat Lee.
Dua kelab EPL
Coventry dan Portsmouth antara kelab yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris tidak lama dahulu. Pada musim ini, mereka beraksi di saingan EFL League One.
Tahukah anda bahawa kedua-dua kelab ini pernah terperosok ke EFL League Two setelah pernah memegang status sebagai kelab Liga Perdana Inggeris.
Leeds United, Norwich City dan Nottingham Forest antara kelab dahulunya berstatus Liga Perdana Inggeris tetapi pernah bermain ke EFL League One.
Kini ada wajah baru, Sunderland.