Brentford sekali lagi mencipta kejutan dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya menampilkan aksi cemerlang untuk mengikat Liverpool 3-3 di tempat sendiri.
Malah pengurus The Reds, Jurgen Klopp sendiri mengakui beliau menikmati semangat juang yang dimiliki pemain-pemain The Bees dan tidak mahu menyembunyikan pujiannya kepada pasukan lawan tersebut walaupun terlepas dua mata penting dalam perlumbaan kejuaraan.
Skuad kendalian Thomas Frank itu nampaknya tidak mahu menjadikan mereka sekadar pelengkap kepada liga elit itu semata-mata walaupun pasukan itu tidak memiliki nama-nama besar atau pemain-pemain bintang seperti kelab-kelab lain.
Liverpool sendiri dipaksa bekerja keras untuk bangkit dari ketinggalan sebelum dua kali mendahului, tetapi bolos pada penghujung perlawanan membuatkan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan perkongsian satu mata.
27’: Brentford 1-0 Liverpool
31’: Brentford 1-1 Liverpool
54’: Brentford 1-2 Liverpool
63’: Brentford 2-2 Liverpool
67’: Brentford 2-3 Liverpool
82’: Brentford 3-3 LiverpoolTHIS. GAME 💉 pic.twitter.com/4JsSFjVEeq
— B/R Football (@brfootball) September 25, 2021
Malah Liverpool juga bernasib baik selepas gol pada lewat permainan oleh pasukan dibatalkan pengadil kerana ofsaid.
“Tak pasti sama ada ‘menikmati’ adalah perkataan yang tepat, ia mungkin seperti satu tunggangan liar,” ujar jurulatih warga Jerman itu mengenai aksi mendebarkan perlawanan ketika ditemubual Sky Sports.
“Mereka berhak mendapat tiga gol untuk aksi bertenaga yang dipamerkan. Kami jelas tidak mampu mengatasi taktik hantaran jauh mereka pada hari ini, tetapi mungkin kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.
Klopp mengakui pasukannya terlalu banyak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol dan memberi kredit kepada penjaga gol David Raya di atas kecekapannya untuk menafikan percubaan demi percubaan sepanjang perlawanan selain kemampuannya membuat hantaran tepat.
“Penjaga gol mereka sepatutnya menyarung jersi nombor 10 berdasarkan caranya mengawal dan menghantar bola, kami tidak berupaya bertahan dengan baik apabila penjaga gol membuat hantaran jauh ke depan,” tambah Klopp lagi.
🗣 "Their goalie should have number 10 on his back with the balls he played."
Jurgen Klopp gives a special mention to Brentford goalkeeper David Raya on his performance against Liverpool pic.twitter.com/hzekhD1rHd
— Football Daily (@footballdaily) September 25, 2021
“Mereka berhak mendapatkan satu mata berdasarkan cara mereka melawan pada malam ini, saya sangat kagum dengan mereka.”