Dalam aksi Scottish Premiership antara Kilmarnock menentang Dundee, seorang penjaga garisan telah pun dilayangkan kad merah oleh pengadil!
Kenapa ia berlaku? Ia berlaku selepas penjaga garisan tersebut terasa seperti tidak sihat ketika bertugas, pemain yang berdekatan dengan beliau cuba memastikan beliau dalam keadaan elok.
Pengadil kemudiannya datang untuk mendapatkan khabar dari penjaga garisan, lantas beliau bertindak spontan memberikan kad merah kepada pembantunya itu!
Satu perkara yang anda jarang tengok dalam perlawanan bola sepak.
Baca juga: Arturo Vidal: “Untuk Messi, FIFA Pakai Undang-Undang Lain”