Quantcast

BERITA

Penjaga Garisan Cedera Parah Dibaling Objek

Pertembungan Liga Europa antara Sturm Graz (Austria) dan AEK Larnaca (Cyprus), awal pagi tadi dihentikan seketika apabila seorang penjaga garisan yang berasal dari Sweden cedera parah di kepala selepas terkena objek yang dibaling ke padang oleh penyokong.

Selepas kejadian, kelab dari Austria itu serta merta mengeluarkan kenyataan mengutuk keras serangan ke atas pegawai perlawanan berkenaan.

“Tindakan itu memang langsung tidak boleh diterima dan merosakkan reputasi bola sepak dan kelab kami,” kata Graz melalui laman web ramai kelab selepas mereka tewas 0-2 dalam perlawanan pertama, pusingan ketiga, pagi tadi.

Penjaga garisan itu dikatakan terkena objek keras dan tumbang ke padang pada minit ke-78, dengan kepalanya dipenuhi darah.

Selepas dirawat oleh pegawai perubatan, dia berjalan ke bilik persalinan pengadil dengan kepala berbalut.

Sturm Graz berkata, peminat yang disyaki membaling objek itu sudah ditahan untuk siasatan dan tindakan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!