Penilaian Prestasi Piala Malaysia 2015: Kelantan

Pasukan Kelantan hadir dengan penuh keyakinan setelah ada bibit bibit kebangkitan dalam Liga Super 2015 yang ditunjukkan pasukan selepas Zahasmi Ismail mengambil alih.

Kelantan diundi dalam kumpulan tersengit Piala Malaysia 2015, iaitu kumpulan C bersama naib juara Liga Super 2015, Selangor, pasukan tangga ke-3 Liga Perdana dan giant-killer, Felda United.

Bagaimana prestasi mereka di Piala Malaysia 2015?

Mereka memulakan kempen dengan bergaya menewaskan Selangor 3-0 di Shah Alam. Namun turning point terbesar mereka adalah gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan berikutnya.

Seri dengan Felda United pada perlawanan ke-5 menjadi salah satu punca utama mereka gagal.

Berikut adalah rumusan prestasi Kelantan dalam Piala Malaysia 2015:

  • Gagal mara ke pusingan kalah mati, tempat ke-3 kumpulan C
  • 2 kemenangan 2 seri dan 2 kekalahan di peringkat kumpulan
  • Gagal mencipta sebarang kemenangan berturut-turut, petanda Kelantan tiada konsistensi
  • Kelantan berkongsi carta jaringan terbanyak dalam kumpulan C dengan Felda United apabila masing masing mencatatkan 10 gol
  • Nisbah 0.6 gol setiap perlawanan dan bolos 1.30 gol setiap perlawanan

Apa yang mereka boleh perbaiki ?

Kelemahan skuad Kelantan kali ini adalah konsistensi. Seperti yang saya kata tadi, mereka tak pernah mencatat kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan.

i. Squad depth yang kecil

Squad depth yang agak kecil di posisi defensive midfielder masih menjadi isu utama. Boleh dikatakan, mereka bersedia dengan unit serangan. Tetapi tidak sebagai sebuah pasukan.

Wan Zack Haikal antara pemain yang cemerlang dalam kempen kali ini. Erwin Carillo dan Gilmar pula mempamerkan peningkatan.

Sumber gambar: Mohd Syahrul Azam Zahari / www.asiana.my
Sumber gambar: Mohd Syahrul Azam Zahari / www.asiana.my

ii. Gagal mendapatkan yang terbaik daripada Amuthu

Setback lain adalah, kegagalan mereka mendapatkan hasil terbaik daripada Austin Amuthu yang dibelenggu kecederaan. Kelantan juga kelihatan berdepan masalah untuk menentukan posisi tetap Amuthu.

Dilema ini mengganggu pasukan ini secara tak langsung. Amuthu kerap diturunkan di posisi sayap. Ini memberi impak kepada pemain tempatan seperti Wan Zack dan Wan Zahrulnizam.

Taktikal pasukan

Dari segi taktikal dan formasi, pasukan ini tak ada taktikal yang signifikan atau utama.

Tak salah menukar taktikal dalam setiap perlawanan tetapi isu kesebelasan utama yang khas (recognized 11) dan asas taktikal dan formasi harus diselesaikan awal.

Zahasmi boleh belajar banyak daripada isu ini. Formasi terbaik mereka pada pandangan saya adalah 4-4-1-1 atau 4-5-1 kerana mereka memerlukan lebih ramai pemain di tengah.

Namun Kelantan berterusan dengan 4-3-3 dalam kebanyakan perlawanan dan meletakkan sehingga 3-4 orang no.9 dalam padang. Norfarhan, Gilmar, Amuthu dan Carillo semuanya adalah pemain no.9.

Ini menyebabkan wujud ketidakseimbangan dalam pasukan Kelantan. Pemain ada 2 mentaliti utama iaitu lebih kepada menyerang atau bertahan.

Kelantan kerap menurunkan terlalu banyak attacking minded players yang tak banyak membantu pasukan dalam aspek defensif.

Bentuk Dominan Taktikal Kelantan dalam 4-4-2
Bentuk Dominan Taktikal Kelantan dalam 4-4-2. Perlindungan ke atas back 4 amat rendah dan terlalu ramai pemain di final third bila menyerang. 2 fullback agak pasif untuk menyerang kerana ia terlalu berisiko. Taktikal ini lebih berkesan berbanding 4-3-3, cuma kerap menurunkan pemain di posisi lemah/ sekunder.

 

Bentuk taktial domiinan Kelantan dalam 4-3-3
Bentuk taktial dominan Kelantan dalam 4-3-3. Terlalu kurang kekuatan di sebelah kiri dan dominasi di center circle lebih rendah daripada 4-4-2. 

 

Kelantan juga perlu meletakkan pemain anda di posisi terbaik. Kecuali jika ‘darurat’ dan tidak ada pilihan lain.

Saya pernah melihat Ahmad Fakri Saarani diletakkan sebagai defensive midfielder, Norfarhan sebagai pemain tengah centre midfielder, attacking midfielder atau penyerang kedua.

Amuthu pula ditolak ke sayap kanan sebagai side midfielder dalam sistem 4-4-2, bukannya wide forward yang saya rasa posisi yang lebih sesuai untuk beliau.

Sumber gambar: Mohammad Soffi / www.asiana.my
Sumber gambar: Mohammad Soffi / www.asiana.my

Wan Zahrulnizam cemerlang dengan role no.10 dalam kempen Liga Super namun banyak diturunkan di sayap kiri.

Saya berpendapat, Wan Zahrulnizam masih pemain sayap kiri atau kanan yang baik namun dia nampak lebih efektif dengan free role di posisi pemain no.10.

Akhir sekali sudah pasti isu defensif. Kelantan masih terlalu rapuh dalam sistem flat 4. Mereka tak ada ‘dirty worker’ di tengah untuk melindungi pemain pertahanan.

Kelantan amat bermasalah dengan counter attack pihak lawan kerana mereka bukan pasukan yang bermain dengan garisan pertahanan yang rendah.

Pemain Terbaik

Gilmar

Hampir menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Gilmar menjaringkan 40% atau 4 gol daripada 10 gol  pasukan Kelantan dalam kempen ini.

Penilaian

RATING-KELANTAN-1

Corak taktikal

RATING-KELANTAN-2

Kekuatan & Kelemahan

RATING-KELANTAN-3

Kesimpulan

Pasukan ini perlu lebih komprehensif dalam pemilihan taktikal mendahului teknikal. Kerapkali taktikal berubah kerana mengutamakan pemilihan pemain terlebih dahulu.

Kelantan ada masalah dengan isu duel di depan barisan pertahanan dan berberapa pemain di luar prestasi terbaik dan sudah tidak berada pada tahap kemuncak.

Baca juga: Analisis Taktikal Final Piala FA 2015: Kelantan 1-3 Lions XII

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN