Peluang untuk Terengganu menyambung khidmat Nafuzi Zain pada musim hadapan dilihat semakin kabur apabila pengendali muda tersebut meluahkan rasa kecewa mengenai pihak pihak pengurusan kelab.
Nafuzi yang membawa Terengganu selama empat musim ini berjaya mencipta satu legasi terbaik bersama pasukan tersebut dan menjadi antara jurulatih tempatan yang bersinar dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
🏳️🏴 KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 🏴🏳️
[ @FCTerengganu 3-1 @KLCityFootball ]
[AGG: 4-1]
⚽️ Manuel Ott
⚽️ Hakimi Azim
⚽️ Kipre Tchetche
⚽️ Kpah Sherman#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/c7BYnOHNFO— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 12, 2022
Namun, kenyataan yang dikeluarkan Nafuzi semalam selepas tamat perlawanan jelas menunjukkan beliau sangat kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan mengenai kontraknya.
Menurut ciapan Twitter daripada wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom, beliau menyatakan Nafuzi menjadi individu pertama di Malaysia yang menerima tawaran kontrak menerusi kitman di padang.
“Saya jurulatih pertama di Malaysia yang hanya terima surat tawaran melalui kitman di padang, tanpa perbincangan dua mata,” jelas Nafuzi menerusi Twitter tersebut.
Saya jurulatih pertama di Malaysia yang hanya terima surat tawaran melalui ‘kitman’ di padang, tanpa perbincangan dua mata – Nafuzi Zain
Hari ini genap 14hari tempoh yang di berikan oleh pengurusan untuk menjawab surat bertarikh 27 November pic.twitter.com/fZ7lcPyrhx
— FinaNasrom (@fnasrom) November 12, 2022
Selepas membawa Terengganu pada musim ini sebagai naib juara Liga Super 2022, mendapatkan tiket ke saingan AFC musim hadapan, serta finalis Piala FA, layanan pihak pengurusan Terengganu jelas amat mengecewakan.
Tambahan pula, pengendali tersebut kini berada pada landasan terbaik dengan kejayaan mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysi 2022 setelah mereka menumpaskan KL City semalam.
Selain Nafuzi, beberapa pemain Terengganu juga meluahkan rasa tidak puas hati mengenai soal kontrak yang dianggap tidak begitu serius oleh pihak pengurusan.
Faisal Halim antara pemain yang lantang mengkritik perkara tersebut sebelum ini mengenai sikap pengurusan yang membuatkan dirinya merasa sangat kecewa.
Ketika ini, Nafuzi dikhabarkan hampir pasti tidak akan lagi bersama Terengganu pada musim hadapan dan beberapa pasukan telah pun dikaitkan dengan dirinya.
Paling mencuri tumpuan ramai penyokong bola sepak tempatan yang mengaitkan kelab baharu Nafuzi musim hadapan, pastinya pasukan yang berpangkalan di utara tanah air iaiti Kedah Darul Aman (KDA).
Sejak beberapa bulan ini, nama Nafuzi kerap dikaitkan bersama KDA di media sosial setelah pasukan tersebut kini tidak mempunyai ketua jurulatih selepas ditinggalkan Aidil Sharin Sahak.
Malah, Fina Nasrom juga semakin menguatkan lagi perkara tersebut selepas tampil berkias di Astro Arena semalam selepas ditanya destinasi terbaharu Nafuzi musim hadapan.
“Kalau saya kata mungkin Kedah akan berubah wajah musim hadapan? Kenapa tidak,” jelas Fina Nasrom di Astro Arena semalam dengan terus memberi tanda tanya kepada penyokong bola sepak tempatan.
KDA yang kini bakal membuat rombakan baharu pada musim hadapan dilihat mampu untuk tampil lebih baik berbanding sebelum ini, jika Nafuzi diberi peluang dan masa untuk membentuk kelbali pasukan.
Ditambah dengan bakat-bakat muda yang ramai di negeri tersebut, ianya dilihat bersesuaian buat Nafuzi untuk mengembangkan lagi bakat mereka pada masa hadapan.