‘Pengurusan FAM Lemah Menjadi Punca Pasukan Tidak Harmoni’ – Datuk Jamal Nasir

Antara punca kegagalan skuad Harimau Malaya pada aksi hujung tahun lalu bagi saingan Piala AFF 2020 di Singapura adalah disebabkan ketidakharmonian yang ada dalam kem negara sekali gus menggambarkan kelemahan yang ada pada bahagian pengurusan.

Datuk Jamal Nasir Ismail selaku bekas pemain pemain kebangsaan mengulas hal itu dengan sepatutnya pengurusan skuad negara itu perlu lebih peka mengenai hal tersebut bagi mengelak impak yang lebih buruk berlaku.

“Sekiranya laporan bedah siasat itu mengatakan ada kumpulan-kumpulan pemain dalam skuad kebangsaan, ia jelas menggambarkan kelemahan pihak pengurusan sedia ada.

“Tetapi ia sepatutnya tidak terlalu memberi kesan besar jika ditangani segera. Ini kerana mungkin seorang pemain itu selesa untuk berkawan dengan seorang lagi pemain.

“Jadi bila berlakunya masalah yang lebih besar sehingga memberi kesan kepada prestasi pasukan, itu tandanya kelemahan daripada pengurusan pasukan kebangsaan.

“Sepatutnya masalah seumpama itu tidak berlaku jika pengurusan pasukan kebangsaan pantas mengambil sebarang tindakan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad semalam.

Pada tengahari Jumaat lalu, Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya mendapat salah satu punca kegagalan skuad kebangsaan itu disebabkan kekurangan nilai harmoni dengan wujudnya kelompok sesama pemain dalam pasukan yang menjadi faktor lesunya di kejohanan AFF 2020.

Jelas Datuk Dell Akbar Khan selaku pengerusi badan siasatan tersebut turut mendedahkan pasukan negsra turut mempunyai tiga kelompok yang berpecah mengikut kumpulan masing-masing seperti kumpulan pemain tempatan, naturalisasi, dan pemain warisan.

Tegas beliau, dengan kewujudan kelompok sedemikian sebagai salah satu daripada 10 dapatan badan siasatan bebas tersebut setelah melakukan sesi temuduga dengan beberapa pihak pengurusan pasukan kebangsaan.

Pada masa yang sama, beliau yang juga  bekas Setiausaha Agung FAM dan Ketua Polis Kuala Lumpur turut menggariskan 10 cadangan untuk penambabaikan untuk dipertimbangkan FAM supaya kegagalan sama tidak berulang lagi untuk masa hadapan.

Jamal Nasir turut mengulas lebih lanjut dengan berkata setiap daripada pemain yang dipilih untuk menyarung jersi pasukan negara wajar meletakkan nama Malaysia sebagai keutamaan dalam apa jua keadaan.

“Dalam hal ini, pemain-pemain harus bertindak sebagai satu keluarga tak kiralah dari mana latar belakangnya sama ada pemain tempatan, kacukan atau naturalisasi.

“Masing-masing ada tanggungjawab untuk membawa nama Malaysia. Jangan ingat bila status pemain naturalisasi atau kacukan, mereka sudah ‘besar kepala’,” tegasnya.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN