Pengurus Skuad Liga Super Selangor Letak Jawatan

Datuk Abdul Rauf

Dalam usaha mempersiapkan pasukan yang mantap bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020, kem Selangor dikejutkan dengan berita peletakan jawatan pengurus pasukan, Datuk Abdul Rauf Ahmad.

Menurut sumber laman Facebook rasmi FA Selangor, keputusan drastik yang diambil Datuk Abdul Rauf itu adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada individu berkaliber bagi memacu Selangor ke pentas lebih tinggi.

Beliau yang merupakan bekas pemain skuad utama Selangor sekitar tahun 1999 hingga 2001 mula menjawat jawatan pengurus pasukan Liga Super Selangor pada 2017.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rauf yang kini berusia 42 tahun adalah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi penggal 2018-2021.

FA Selangor turut memberikan ucapan penghargaan di atas sumbangan yang telah dicurahkan oleh Datuk Abdul Rauf Ahmad sepanjang beliau bersama pasukan.

”FAS mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa beliau sebagai Pengurus skuad Liga Super Selangor selama ini.”

Kredit foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN