Pengurus Perak Akui Kecewa Dengan Prestasi Zac Anderson

Pengurus skuad The Bos Gaurus, Datuk Adly Shah Ahmad Tah melahirkan rasa tidak puas hati dengan prestasi pemain pertahanan import pasukan itu, Zac Anderson yang dilihat gagal mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan.

Beliau berkata demikian selepas menilai aksi pemain itu ketika Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Larkin minggu lalu.

Malah beliau turut memberi amaran kepada Zac Anderson supaya meningkatkan prestasinya jika tidak mahu dikenakan tindakan dan ditamatkan kontrak apabila pintu perpindahan kedua dibuka kelak.

Menurut Stadium Astro, Adly turut menyuarakan teguran kepada ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic, mengenai aksi hambar pemain itu.

“Persembahannya tidak mencapai tahap diharapkan. Dia perlahan berbanding tiga pemain di bahagian benteng pertahanan.

“Saya berharap dia akan berusaha tingkatkan persembahannya apabila kami turun bertemu Kedah di Ipoh, malam esok.” katanya.

Kesebelasan utama pasukan Perak ketika menentang JDT. FOTO: Perak TBG

Dalam perlawanan menentang JDT, beberapa pemain tempatan yang beraksi dengan skuad kebangsaan iaitu Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim dan Amirul Azhan Aznan beraksi cemerlang mengekang beberapa percubaan berbahaya JDT.

Adly bagaimanapun memuji ketangkasan penjaga gol mereka, Hafizul Hakim yang berhempas pulas memastikan gawang gol tidak dibolosi dengan mudah.

“Kami mungkin kalah dengan jurang lebih besar jika mereka serta penjaga gol, Hafizul Hakim, tidak bertindak cemerlang menyekat serangan JDT.

“Saya berharap pemain Perak akan bangkit dalam perlawanan dengan Kedah bagi mengembalikan keyakinan diri dan penyokong.

“Lebih penting, Perak perlu menang bagi meletakkan moral pasukan di atas landasan betul,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN