Adalah normal bagi penyokong untuk terasa jijik apabila musuh tradisi mereka berada dekat dengan kelab kesayangan mereka.
Dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka keluar dari kelab mereka.
Itulah yang terjadi kepada kelab Bulgaria, Botev Plodiv yang baru saja melantik pengurus baharu.
Pengurus Nikolay Mitov (gambar bawah) dipaksa meletakkan jawatan hanya selepas 2 jam oleh penyokong Botev Plodiv.
Ini kerana Mitov adalah peminat dan bekas pemain Levski Sofia – musuh tradisi Botev Plodiv.
Permusuhan Botev Plodiv dengan Levski Sofia
Botev Plodiv dan Levski Sofia merupakan dua musuh tradisi yang sudah lama wujud dalam kancah bola sepak Bulgaria.
Walaupun begitu, mereka bermusuh bukan atas faktor geografi kerana Botev berasal dari bandar Plodiv dan Levski berasal dari bandar Sofia.
Permusuhan terjadi kerana bandar Plodiv dan Sofia merupakan 2 bandar terbesar di Bulgaria, jadi secara automatiknya pasukan-pasukan utama dari dua bandar ini akan menjadi musuh sesama sendiri setiap kali bertemu.
Hipokrit
Bagi penyokong Botev Plodiv, Mitov adalah seorang yang hipokrit.
Mitov dilantik bagi menggantikan Niolaya Kostov yang dipecat telah mengeluarkan kata-kata yang ternyata menggambarkan beliau hanya mencipta sahaja kata-kata tersebut.
Bercakap kepada media ketika sesi pengenalannya sebagai pengurus Botev Plodiv, Mitov berkata beliau berasa “bangga” dan “terhormat kerana melatih sebuah kelab yang besar dan disayanginya.”
Sesi pengenalan yang diadakan di padang latihan Botev Plodiv itu diganggu oleh sebahagian penyokong Botev Plodiv yang diketuai oleh ultras mereka iaitu Bultras yang datang untuk ‘menghalau’ Mitov.
Mereka menghalau beliau pergi kerana mengetahui beliau masih menyokong Levski Sofia.
“Kamu tidak diundang ke kelab ini. Pergi dari sini!”
Mitov yang hadir bersama-sama pembantunya Marian Hristov jelas sekali terasa tekanan yang diberikan oleh penyokong beliau sendiri.
Tidak tahan dengan tekanan tersebut, Mitov menamatkan sesi pengenalannya itu dengan segera serta meletakkan jawatan dengan serta merta.
Tidak beradab
Perletakkan jawatan Mitov itu ternyata membuatkan ‘kerusi panas’ jawatan pengurus Botev Plodiv kembali kosong.
Tindakan penyokong yang diketuai oleh ultras Bultras itu ternyata membangkitkan kemarahan pemilik Botev Plodiv, Rumen Chandurov (gambar bawah).
Beliau melabelkan tindakan penyokong kelabnya itu sebagai ‘tak beradab’.
“Saya tak tahu nak cakap apa, tak beradab, tak beradab, tak beradab!”
Chandurov juga selepas itu meletakkan jawatan sebagai pemilik kelab.
Botev Plodiv kini ditangga ke-8 Liga Bulgaria, mengutip 7 mata daripada 5 perlawanan.
Mereka kini ketinggalan 4 mata dibelakang Levski Sofia yang mengutip 11 mata ditangga kedua.
Baca juga: Penyokong Kelab Brazil Ceroboh Sesi Latihan Pasukan, Cabar Pemain Lawan Mereka