5 Pengurus Berbangsa Itali Yang Berkelana Ke Stamford Bridge

Lebih daripada 700 pemain telah menyarung jersi Chelsea selama bertahun-tahun lamanya. Pemain-pemain ini tiba dari pelbagai negara dari setiap benua keliling dunia.

Daripada deretan pemain Inggeris yang hebat seperti Peter Osgood, John Terry, Frank Lampard dan Bobby Tambling sehinggalah kepada pemain Belanda seperti Ruud Gullit, Jimmy Floyd Hasselbaink dan Arjen Robben, Stamford Bridge telah menyaksikan deretan pemain hebat beraksi untuk pasukan The Blues.

Tanpa anda sedar atau tidak, Itali sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat istimewa dengan Chelsea.

Chelsea memiliki pemain berstatus legenda daripada Itali dan mereka juga pernah memiliki pengurus berbangsa Itali yang berjaya membawa kejuaraan demi kejuaraan ke Stamford Bridges.

Kali ini kami menyenaraikan 5 pengurus bola sepak daripada Itali yang pernah mengendalikan pasukan Chelsea.

1.Gianluca Vialli

Tempoh: 12 Februari 1998 – 12 September 2000
Kejayaan: 1997-98 UEFA Cup Winners’ Cup, 1997-98 League Cup, 1998 UEFA Super Cup, 1999-2000 FA Cup & 2000 FA Charity Shield
Statistik: 143 perlawanan; 76 menang, 38 seri dan 29 kalah
Peratus Kemenangan: 53.15%

Mandatory Credit: Mark Thompson /Allsport

Apabila Ruud Gullit dipecat pada Februari 1998, Gianluca Vialli yang berusia 33 tahun pada masa itu tampil mengambil peranan sebagai pemain merangkap pengurus kepada Chelsea.

Perlantikan tersebut menjadikan Vialli sebagai pengurus berbangsa Itali pertama di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Karier pengurusan Vialli bersama Chelsea bermula dengan cemerlang. Vialli dan Chelsea berjaya memenangi Cup Winners’ Cup dan juga Piala Liga.

Vialli turut memenangi beberapa buah trofi lain bersama Chelsea, namun telah dipecat pada September 2000 selepas permulaan teruk pada kempen musim 2000-2001.

2. Claudio Ranieri

Tempoh: 18 September 2000 – 31 Mei 2004
Kejayaan: N/A
Statistik: 199 perlawanan; 107 menang, 46 seri, 46 kalah
Peratus Kemenangan: 53.77%

(Photo by Adam Davy/EMPICS via Getty Images)

Claudio Ranieri adalah pengurus Chelsea pada ketika jutawan Rusia, Roman Abramovich melengkapkan pembelian kelab London berkenaan. Raneiri hanya bertahan semasa semusim selepas itu sebelum dilepaskan dari jawatan tersebut oleh Abramovich.

Raneiri tidak membawa sebarang kejayaan berbentuk trofi ke Stamford Bridge.

Tetapi Chelsea berada di tangga kedua di belakang Arsenal yang menjuarai liga dengan rekod tanpa kalah pada musim 2003-04.

Kegagalan mara ke perlawanan akhir selepas tewas kepada Monaco di peringkat separuh akhir Champions League lantas membuatkan peranan Ranieri bersama Chelsea terus ditamatkan.

3. Carlo Ancelotti

Tempoh: 1 Julai 2009 – 2 Mei 2011
Kejayaan: 2009 FA Community Shield, 2009-10 FA Cup, 2009-10 Premier League
Statistik: 109 perlawanan; 67 menang, 20 seri, 22 kalah
Peratus Kemenangan : 61.47%

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Ancelotti membawa corak permainan menyerang ke Stamford Bridge seperti yang dikehendaki oleh Abramovich. Di bawah kendalian Ancelotti, Chelsea menjaringkan 103 gol untuk menjuarai musim 2009-10.

Chelsea turut memenangi kejuaraan berganda pada musim tersebut apabila turut memenangi Piala FA pada musim yang sama.

Bagaimanapun Ancelotti gagal meneruskan kecemerlangan pada musim pertamanya bersama Chelsea pada kempen berikutnya.

Kegagalan di pertandingan UCL menyebabkan Ancelotti terpaksa pergi meninggalkan Stamford Bridge selepas tewas kepada Everton dalam perlawanan terakhir pada 2011.

4. Roberto Di Matteo

Tempoh: 4 Mac 2012 – 21 November 2012
Kejayaan: 2011-12 FA Cup, 2011-12 UEFA Champions League
Statistik: 42 perlawanan; 24 menang, 9 seri, 9 kalah
Peratus Kemenangan: 57.14%

(Photo by Phil Cole/PA Images via Getty Images)

Di Matteo adalah pengurus yang berjaya membawa kejuaraan Champions League kepada Abramovich. Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui sepakan penalti selain daripada turut bergelar juara Piala FA pada musim yang sama.

Kejayaan tersebut menyaksikan Di Matteo ditawarkan kontrak selama 2 musim untuk kekal di Stamford Bridge. Chelsea bermula dengan cemerlang pada musim kedua kendalian Di Mateo, memenangi 7 daripada 8 perlawanan awal dalam saingan liga.

Prestasi Chelsea di saingan EPL tidak menentu selepas itu. Penyingkiran di peringkat kumpulan pertandingan UCL hanya selepas 6 bulan memenanginya menyebabkan Di Mateo hilang jawatannya bersama Chelsea.

5. Antonio Conte

Tempoh: 3 Julai 2016 – Sehingga kini
Kejayaan: 2016-17 Premier League
Statistik: 58 perlawanan; 44 menang, 5 seri, 9 kalah
Peratus Kemenangan: 75.9%

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Antonio Conte menjadi pilihan seterusnya oleh hierarki di Chelsea dan tiba di Stamford Bridge sejurus selepas tamat tugasan bersama skuad kebangsaan Itali.

Conte mempunyai tugasan yang berat untuk mengembalikan kekuatan dan reputasi Chelsea apabila sekadar menduduki tangga ke-10 pada musim sebelumnya.

Mengandalkan formasi 3-4-3, Conte dianggap berjaya pada musim pertamanya di London apabila berjaya menjuarai EPL pada musim pertamanya.

Conte dan Chelsea mungkin sedikit kecewa dengan aktiviti musim panas di pasaran pemain. Namun setakar ini, Chelsea masih berada di landasan untuk bersaing walaupun tewas 1-0 kepada Manchester City pada minggu lalu.

Untuk musim kedua bersama Chelsea, cabaran berat bakal menunggu Conte kerana turut harus memberikan tumpuan kepada pertandingan Champions League- pertandingan yang menentukan kebanyakkan nasib rakan senegara Conte yang lain bersama Chelsea.

Mampukah Conte mencapai kejayaan di pertandingan Champions League dan mengulangi kejayaan EPL pada musim lalu?

Rumusan

Yang mana satukah pengurus kebangsaan Itali yang pernah dan sedang membimbing Chelsea adalah pilihan dan kegemaran anda? Apakah kelebihan dan kekurangan mereka pada pendapat dan pandagangan anda?

Nyatakan di ruangan komen. Sama-sama kita kongsikan pengetahuan sekiranya ada.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN