Pengurus FPL Ini Dapat Top 2 Overall Tanpa Vardy & Mane Sepanjang Musim

Seorang pengurus FPL, Chris McGowan sedang menduduki tangga ke-2 ranking dunia Fantasy Premier League musim 2019/2020 ketika ini – walaupun tanpa mengambil Jamie Vardy dan Sadio Mane sepanjang musim.

Vardy dan Mane yang dianggap pemain ‘wajib ada’ bagi majoriti pengurus FPL musim ini langsung tidak berada dalam pasukan McGowan. Ini kerana menurutnya: “Saya benci Brendan Rodgers. Jadi saya elak daripada ambil pemain Leicester. Mane pula saya tak ambil kerana saya lebih percayakan Salah.”

Tangkap layar pasukan McGowan pada GW 22

Apa yang menariknya, pada GW 23 (GW pada masa artikel ini ditulis) McGowan meninggalkan Jack Grealish di bangku simpanan. Grealish yang menjaringkan gol penyelamat Aston Villa untuk mengikat Brighton 1-1 semalam mengutip 10 mata.

“Jika saya memilih Grealish dan tinggalkan (Marcus) Rashford di bangku simpanan, sekarang mungkin saya akan duduk di ranking pertama dunia,” katanya di Reddit.

Menurut McGowan, kunci utama yang membuatkan beliau berjaya mendaki ke ranking ke-2 dunia (pada masa artikel ini ditulis) adalah:

  • Sentiasa mempunyai Sergio Aguero dalam pasukan. Jika Aguero cedera, beliau beralih ke Harry Kane.
  • Berani membuat keputusan. Pada GW 9, McGowan menjadikan Marcos Alonso kapten beliau kerana ‘kawan saya cabar saya.’
  • Tanpa Vardy dan Mane, pemain alternatif yang dipilih oleh McGowan sentiasa memberikan pulangan mata yang lumayan. Antara pemain alternatif yang dipilihnya: Riyad Mahrez, Jack Grealish, Todd Cantwell dan Wifried Zaha.

Ternyata strategi McGowan ini membuahkan hasil. Ini kerana sepanjang musim, prestasi pungutan mata pasukannya sangat konsisten seperti yang dapat dilihat dalam gambar di bawah.

pengurus FPL ranking 2 dunia
Pungutan mata pengurus FPL, Chris McGowan sepanjang musim 2019/2020 setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN