Pengurus Ini Tunai Janji, Berbasikal Lebih 1000 KM Selepas Bantu Pasukan Elak Penyingkiran

Seorang pengurus di Itali telah menunaikan janjinya untuk berbasikal lebih dari 1 ribu kilometer sebagai menunaikan janjinya berjaya membawa pasukannya dari tersingkir ke liga bawahan.

Davide Nicola (gambar bawah) yang merupakan pengurus Crotone di saingan Serie A telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengelak dari tersingkir ke Serie B selepas melalui musim yang buruk.

Rekod mereka terlalu teruk apabila cuma berjaya memperoleh 14 mata dari 29 perlawanan sahaja.

Namun selepas itu, rekod 6 kemenangan dari 9 perlawanan terakhir Serie A berjaya dirakamkan oleh Crotone termasuklah kemenangan 3-1 keatas Lazio pada hari terakhir liga.

Kemenangan itu dapat mematerikan tempat Crotone di Serie A pada musim hadapan selepas memintas Empoli pada hari terakhir liga.

Nicola dikatakan telah berjanji untuk mengayuh basikal sejauh 1,300 kilometer menuju kampung halaman beliau iaitu di Turin.

Dan dalam masa 9 hari, perkara itu berjaya dilaksanakan beliau!

Kesempatan ketika mengayuh itu juga diambil beliau untuk mengadakan kempen kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.

Hal ini kerana, anaknya mati ketika kemalangan jalan raya ketika membawa basikal pada tahun 2014.

Nicola disambut oleh 300 orang ketika sampai di Turin, mengakui tidak penat mengayuh!

“Adakah saya penat? Setakat ini saya belum lagi rasa sakit-sakit lagi.”

“Tapi mungkin esok saya sudah ada idea, saya akan mula sakit-sakit.”

Crotone dibawah bimbingan Nicola mencipta sejarah apabila beraksi buat pertama kali di Serie A musim lalu.

Sumber:

  1. The Guardian (2017): Italian coach Davide Nicola fulfils promise and finishes 1,300 km bike ride; https://www.theguardian.com/football/2017/jun/18/italian-coach-davide-nicola-promise-bike-ride-crotone

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN