Pengurus Besiktas Terima Lima Jahitan Di Bahagian Kepala Akibat Balingan Objek Dari Penyokong Fenerbahce

Pertembungan menarik dua kelab besar di Turki, Fenerbahce dan Besiktas dalam aksi separuh akhir kedua Piala Turki bertukar menjadi kecoh dan terpaksa dihentikan.

Perlawanan yang ketika itu masih terikat tanpa jaringan terpaksa dihentikan oleh pengadil perlawanan, Mete Kalkavan setelah pengurus Besiktas, Senol Gunes mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena balingan objek dari penyokong tuan rumah.

Gunes rebah pada minit ke-58 sambil memegang kepalanya yang kemudian dibantu oleh pegawai perlawanan untuk mendapatkan rawatan.

Besiktas

Berikutan perlakuan dari penyokong Fenerbahce itu, Gunes telah menerima lima jahitan di kepalanya.

Menurut Dr Yunus Aydin yang memantau keadaan Gunes, bekas pengurus skuad kebangsaan Turki itu mengalami gegaran di bahagian kepala, namun ianya tidak berbahaya. Beliau mengklasifikasikan kecederaan tersebut sebagai ‘simple head trauma’.

Sebelum itu, aksi di padang juga sedikit hangat apabila pemain pertahanan Besiktas, Pepe dilayangkan kad merah selepas pemain antarabangsa Portugal itu melakukan terjahan keras terhadap Souza.

Keadaan yang membuatkan penyokong Fenerbahce berang dengan tindakan tersebut lalu membaling objek ketika pemain Besiktas ingin melakukan sepakan penjuru.

Namun, para pemain Fenerbahce cuba untuk menenangkan peminat mereka tetapi gangguan tersebut berlanjutan sehinggalah insiden yang terjadi kepada Senol Gunes itu yang memaksa pengadil memilih untuk memberhentikan terus permainan.

Fenerbahce mempunyai kelebihan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Vodafone Park, Besiktas.

Menurut laman Twitter Goal Turkiye, Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) akan membuat keputusan berkenaan permasalahan ini pada minggu hadapan.

Foto: Goal Turkiye

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN