Pengurus B-23 Malaysia: “Secara Keseluruhan, Saya Tak Puas Hati”

Pengurus skuad bawah 23 (B-23) negara iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar mengakui beliau kurang senang dengan prestasi yang telah ditampilkan barisan pemain muda Malaysia sepanjang saingan Piala AFF B-23 berlangsung.

Malaysia sebelum itu menamatkan kempen saingan itu di kedudukan keempat terbaik selepas tewas dalam penentuan tempat ketiga di tangan tuan rumah, Thailand.

Pada aksi itu, Malaysia tampil dengan serba kurang menjadi terutama sekali di posisi serangan sehingga aksi terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti sebelum ianya berpihak kepada pasukan lawan.

Walaupun bermula dengan sangat baik di peringkat kumpulan, Malaysia gagal untuk mempertahankan konsistensi tersebut di pusingan separuh akhir menerusi kekalahan pertama mereka kepada Vietnam.

Prestasi yang tidak memberansangkan itu menyaksikan Malaysia menerima kritikan yang sangat keras dalam kalangan penyokong negara menerusi media sosial.

Selain sekelompok besar penyokong yang meluahkan rasa kurang puas hati, pengurus skuad kebangsaan itu juga turut tidak senang dengan apa dipamerkan oleh barisan pemain muda pada kejohanan kali ini.

Jelas Shahril, sepatutnya Malaysia mampu untuk tampil dengan lebih baik selepas melihat kualiti dimiliki oleh barisan pemain yang dipanggil untuk ke saingan tersebut.

Kem kebangsaan B-23 itu juga bukan sahaja mempamerkan aksi kurang memberansangkan, malah mereka gagal memenuhi sasaran yang telah diletakkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mara ke final.

“Barisan pemain muda beraksi tidak seperti yang dirancang namun secara keseluruhan mereka beraksi dengan baik terutamanya ketika menentang Thailand pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

“Secara keseluruhan, saya tidak gembira kerana sebenarnya boleh melakukan lebih baik kerana barisan pemain muda ini sebenarnya mempunyai potensi sangat besar,” katanya menerusi Harian Metro.

Walaupun gagal untuk mara ke final atau merekodkan pencapaian buat skuad kebangsaan, kem Malaysia masih lagi mampu tersenyum selepas wakil penyerang, Alif Ikmalrizal berjaya dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF B-23.

Untuk rekod, Alif telah pun meledak tiga gol secara keseluruhan buat kem kebangsaan dan berkongsi status tersebut bersama penyerang muda Vietnam iaitu Dinh Xuan Tien.

Selepas ini, kemungkinan para pemain tersebut akan terus dipanggil Elavarasan dalam misi mereka untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2024 pada September hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN