Bulan April yang lalu, syarikat KONAMI telah mengumumkan bahawa kerjasama selama 10 tahun mereka bersama UEFA bakal berakhir selepas perlawanan akhir Champions League di antara Real Madrid dan Liverpool pada 27 Mei ini.
Ini bermakna, lesen eksklusif sedekad yang dipegang oleh siri Pro Evolution Soccer itu bakal di tamatkan.
Apabila pengumuman ini dibuat, pengikut siri permainan FIFA amat mengharapkan syarikat EA Sports berjaya mendapat lesen rasmi dari pihak UEFA.
Kenyataan yang dikeluarkan dari seorang individu penting dalam siri permainan FIFA, Evert ten Napel telah mencetuskan spekulasi di mana edisi FIFA19 yang akan datang diramal bakal tampil lebih hebat dan menakjubkan.
Beliau telah mengesahkan bahawa UEFA Champions League dan UEFA Europa League akan dimasukkan ke dalam FIFA 19 yang bakal dikeluarkan pada edisi yang akan datang.
Massive News!
EA have bought the UEFA license for Champions League and Europa League in #FIFA19!
(Confirmed by Dutch FIFA commentator Evert ten Napel) pic.twitter.com/kIHwFGMHHI
— CareerModeStars (@CareerModeStars) May 11, 2018
“Untuk kira-kira enam atau tujuh hari dalam setahun, saya merakam skrip (untuk FIFA19) yang dikemaskini di dalam studio di Utrecht bersama rakan sekerja, Youri Mulder.”
“Dalam 2019 nanti, berkemungkinan permainan FIFA akan bertambah baik, kerana mereka telah menambah UEFA Champions League dan UEFA Europa League.”
Tambahnya lagi, “Saya sudah hampir siap dengan versi 2019, yang mana produk ini akan pergi ke pusat percubaan tidak lama lagi. (Dalam pusat percubaan itu) beberapa pemain akan disemak semula, dijangka FIFA19 akan menembusi pasaran pada Oktober tahun ini.”
Kali terakhir EA Sports bekerjasama dengan UEFA untuk mendapat hak lesen eksklusif pada tahun 2007 sebelum KONAMI mendapat lesen tersebut pada tahun 2008.
Mari kita nantikan pengumuman rasmi dari EA Sports mengenai perkara ini.