Penguasaan Tengah Antara Perlu Diutamakan Malaysia Pada Aksi Bertemu Bahrain

Malaysia tidak memiliki sebarang jalan lain untuk cuba menghidupkan peluang ke saingan 16 terbaik Piala Asia 2023, selain kebangkitan perlu dilakar segera bagi aksi seterusnya menentang Bahrain.

Ianya dianggap suatu cabaran cukup getir ketika ini buat pasukan kebangsaan, selepas mereka mencipta kekalahan besar 0-4 sebelum itu di tangan Jordan.

Secara realistik kini, hanya Bahrain merupakan pasukan yang dianggap logik untuk Malaysia cuba mendapatkan tiga mata jika dibandingkan Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E.

Beberapa rombakan kini sudah tentu akan dibuat Kim Pan-gon bersama barisan kejurulatihan lain untuk mengelakkan peristiwa sama berulang pada aksi hari ini.

Malah, Bahrain juga pastinya tidak akan memberi laluan mudah kerana mereka juga mengidamkan tiga mata sulung, selepas mencatat kekalahan kepada gergasi Asia, Korea Selatan.

Pada pandangan kami, beberapa perubahan segera perlu dibuat Harimau Malaya di beberapa aspek untuk mengelak daripada terperangkap akan percaturan pasukan lawan.

Disiplin pertahanan perlu lebih baik

Pada aksi lalu, Malaysia sebenarnya telah pun menurunkan senarai pertahanan terbaik untuk menyerap segala asakan dan kemungkinan dicipta Jordan.

Namun kesilapan mereka yang bergerak terlalu tinggi ke atas jelas menjadi kesalahan tidak sepatutnya serta membuka ruang cukup besar buat barisan serangan Jordan untuk mengeksploitasi.

Pemain seperti Junior Eldstal mungkin bagus untuk situasi ‘aerial duel’ serta pertarungan fizikal, namun daripada segi kepantasan serta bacaan bola pertahanan itu sangat lemah.

Apa perlu diperbaiki untuk aksi ini tentunya persefahaman antara pemain serta mereka tidak bergerak terlalu tinggi sehingga membuka ruang buat para pemain Bahrain memberi ancaman tidak sepatutnya.

Penguasaan tengah yang lebih kukuh

Barisan tengah negara dilihat seolah tidak wujud langsung pada aksi lalu terutama sekali pada babak separuh masa pertama perlawanan sehingga memberi ruang untuk lawan menguasainya.

Gandingan antara Stuart Wilkin dan Afiq Fazail jelas sangat tidak berkesan terutama sekali untuk menahan asakan lawan di bahagian tengah selain penguasaan bola juga sangat lemah.

Wilkin mungkin memberi impak besar buat posisi serangan negara, namun aspek bertahan dan penguasaan beliau bersama Afiq jelas perlu diperbaiki untuk perlawanan seterusnya berdepan Bahrain.

Kreativiti serangan ditingkatkan

Gandingan antara Romel Morales, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, dan Darren Lok pada minggu lalu boleh dikatakan tampil pada bawah tahap sebenar ketika berdepan pasukan lawan.

Kedudukan setiap pemain boleh dikatakan agak jauh antara satu sama lain serta penguasaan ditampilkan sangat lemah untuk mencipta struktur serangan lebih berkualiti.

Daripada segi percubaan juga tidak banyak dapat dilakukan selain faktor kreativiti untuk mencipta peluang begitu mudah diatasi oleh pertahanan Jordan.

Kim perlu merangkai sesuatu taktikal lebih segar untuk aksi kali ini dengan cabaran besar turut dijangka bakal diberikan oleh pertahanan Bahrain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN