Penggemar Fantasy Premier League Berdebar Menantikan Musim Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Permainan strategi bola sepak terkenal, Fantasy Premier League (FPL) telah mengemaskini laman sesawangnya bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris 2017/2018 yang akan bermula 11 Ogos nanti.

Semalam juga merupakan hari yang dinantikan pemain FPL di tanah air apabila masing-masing menantikan saat pendaftaran pasukan dengan penuh kesabaran kerana ingin mendapatkan kod ID pasukan yang menarik dan mudah diingati mereka.

Untuk pengetahuan semua, kod ID tersebut penting untuk diketahui para pemain ini kerana kebanyakan liga fantasi yang disertai memerlukan mereka memberikan kod id tersebut kepada admin yang menguruskan sesuatu pertandingan.

Ianya sebagai rujukan buat admin untuk membuat kiraan markah dan sebagainya.

FPL terus mengekalkan tradisi lama iaitu penggunaan 2 kali ‘wildcard’ dalam satu musim yang membolehkan anda menukar pemain tanpa had dalam mana-mana minggu yang anda gunakan.

Penggunaan ‘wildcard’ yang pertama adalah bermula perlawanan pertama hingga 31 Disember. Sekiranya anda tidak menggunakan ‘wilcard’ itu sepanjang tempoh tersebut, ianya akan tidak boleh dibawa ke bulan Januari dan dikira ‘burn’.

Manakala ‘wilcard’ yang kedua boleh digunakan dari bulan Januari hingga perlawanan ke-38 liga.

Pada musim lalu FPL memberikan 3 chip yang boleh digunakan sekali iaitu Triple Captain, Bench Boost dan All Out Attack.

Bagi musim baru ini ‘Triple Captain’ dan ‘Bench Boost’ dikekalkan manakala tiada lagi ‘All Out Attack’ yang akan digantikan dengan ‘Free Hit’.

‘Free Hit’ yang dimaksudkan adalah anda berpeluang untuk menukar seberapa banyak pemain yang anda mahukan pada minggu tersebut, tetapi ianya hanya sah untuk minggu itu sahaja.

Sebagai contoh anda menggunakan cip ‘Free Hit’ pada minggu ke-21 jadi pada minggu tersebut anda dibenarkan melakukan pertukaran tanpa had dan pada minggu ke-22 anda akan dibarisi pemain yang sama dipilih pada minggu ke-20.

Sekiranya pemain yang dipilih menjadi ketua pasukan akan memperoleh 2 kali ganda mata berbanding pemain lain, penggunaan chip ‘Triple Captain’ pula bakal memberikan 3 kali ganda mata buat anda.

Sementara itu ‘Bench Boost’ membolehkan markah bagi setiap pemain dalam pasukan anda termasuk pemain di bangku simpanan turut dikira dalam minggu dimana anda menggunakan chip tersebut.

Kemasukan pemain baru yang juga nama besar ke pasukan di Liga Perdana Inggeris memberikan lebih pilihan buat para pemain fantasi kali ini. Keadaan ini bakal membuatkan anda lebih pening kepala untuk memilih pemain yang terbaik.

Banyak pilihan pemain yang bagus-bagus barulah banyak perbezaan pemain pada setiap pasukan yang dipilih kan?

Harga pemain baru yang berpindah ke Chelsea, Manchester United dan Arsenal

Berikut disertakan juga antara komuniti fantasi dan page yang aktif di Malaysia :

  1. Allstar Fantasy Football Group
  2. Kaki Fantasy Football
  3. Tridos Tournament
  4. Official SK League Fantasy Football
  5. Malaysian-European Fantasy Club (MEFC) Fantasy League
  6. Tonement BKKB
  7. Legends Fantasy Football

Melihatkan sambutan hebat para pemain FPL di laman-laman facebook setelah tinjauan dibuat oleh penulis, sudah pastinya penggemar Fantasy Premier League berdebar menantikan sepak mula pada 11 Ogos nanti.

Kredit foto : https://fantasy.premierleague.com/

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U