Pengganti Nafuzi Zain Sudah Lama Disediakan TFC

Pengganti Nafuzi Zain Tomislav Steinbruckner TFC 2023

Apabila Nafuzi Zain sah tidak menyambung kontrak bersama Terengganu FC (TFC), nama pengganti sudah berada di tangan pihak pengurusan.

Beliau sudah lama bersama pasukan, malah turut mempunyai rekod pernah membimbing skuad dari Terengganu iaitu T-Team sekitar tahun 2015.

Menurut laporan Bernama, pengganti Nafuzi seperti yang dimaklumkan oleh pengurusan TFC adalah Pengarah Teknikal, Tomislav Steinbruckner.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

“Semasa kita terima cadangan daripada pihak pengurusan memang Nafuzi diletakkan di kedudukan pertama untuk kita sambung kontrak beliau dan Tomislav Steinbruckner di tempat kedua.”

“Jika Nafuzi tidak terima untuk sambung kontrak, tawaran kita pergi kepada Steinbruckner. Jadi saya rasa hampir pastilah.

Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah TFC

3 Sebab Nafuzi Zain Perlu Kekal Sebagai Pengendali Terengganu FC

Kemelut kontrak Nafuzi bersama TFC ini berlangsung sejak hujung tahun lalu lagi dan itulah kali pertama nama Steinbruckner muncul semula.

Ketika sidang media pasca aksi separuh akhir Piala Malaysia 2021, Nafuzi dilihat seperti pasrah dengan situasi kontraknya yang bakal berakhir.  “Apa pun terserah kepada pihak pengurusan tapi selagi TFC memerlukan khidmat saya tiada masalah untuk meneruskan sumbangan,” ujarnya.

Ketika ini saya masih ada kontrak dengan TFC, tapi jika ada kelab yang sudi untuk menawarkan kontrak kepada saya, kemungkinan saya akan berunding dengan mana-mana kelab yang sudi,” tambahnya lanjut pada ketika itu.

Namun, walaupun lewat menawarkan kontrak ketika itu, Nafuzi dilihat menerimanya dan tidak lama kemudian Steinbruckner menyertai mereka.

TFC telah mengumumkan Tomislav Steinbruckner sebagai Pengarah Teknikal kelab itu bermula pada Mac 2022, sebelum musim 2022 bermula.

Banyak khabar angin berlegar di media sosial sejak Steinbruckner tiba, kelihatan seolah-olah khidmat Nafuzi semakin mula dipinggirkan.

Walaupun masih belum mengumumkan masa depannya, dikhabarkan Nafuzi akan berhijrah ke Kedah Darul Aman untuk saingan musim 2023.

Untuk Steinbruckner, ia pasti tugasan mencabar untuk keluar dari sejarah dan legasi yang dibina Nafuzi selama tiga musim kebelakangan ini.

Walaupun tiada sebarang kejuaraan diciptanya, namun corak permainan dan bilangan pemain-pemain muda yang diketengahkan, Nafuzi adalah jurulatih yang akan dikenang oleh para penyokong buat seketika.

Namun, jika pengendali dari Crotia itu mampu menghadiahkan sesuatu, tentunya ia akan akan membawa penyokong keluar dari memori Nafuzi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN