Menjelang aksi separuh akhir Piala AFF 2022 membabitkan Indonesia dan Vietnam, masing-masing dilihat saling mempersiapkan diri dalam misi untuk mara ke final dan merangkul kejuaraan tersebut.
Seperti kebiasaan, salah satu tumpuan pastinya akan diberi kepada pengendali Vietnam iaitu Park Hang-seo, setelah ada sahaja gelagat beliau dianggap sangat unik kepada dalam kalangan penyokong bola sepak.
MATCHDAY (6/1/23)!
SEMIFINAL AFF CUP 2022 FIRST LEG:
VIETNAM 🇻🇳 vs 🇮🇩 INDONESIA
16h30 kickoff
Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta pic.twitter.com/OAXhR3zzjo— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) January 5, 2023
Terbaharu, pengendali tersebut sekali lagi mencuri tumpuan ketika sesi sidang media membabitkan kedua pasukan tersebut, selepas beliau curiga akan kelibat dua individu misteri yang dianggap sebagai pengintip.
Kedua individu tersebut merupakan warga Korea Selatan dan Hang-seo menganggap mereka sebagai pengintip yang dihantar oleh Indonesia untuk mendapatkan seberapa maklumat penting.
Ketika itu, Vietnam dalam sesi sidang media di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) dan diwakili oleh jurulatih berpengalaman tersebut bersama Pham Tuan Hai.
Sewaktu sesi sidang media berlangsung, Hang-seo jelas ragu-ragu akan dua individu tersebut yang berada pada suatu penjuru dan terus menunjuk kepada mereka.
Tambahan pula, kedua individu itu juga memakai baju yang mempunyai logo rasmi bola sepak Indonesia dan itu menambahkan lagi rasa curiga beliau untuk menganggap mereka sebagai pengintip pasukan lawan.
Menurut Bola.com, selepas itu Hang-seo bersama stafnya telah berbincang seketika sebelum beliau dimaklumkan mengenai hal sebenar yang berlaku.
Jelas staf beliau, dua individu tersebut merupakan wakil wartawan dari Korea Selatan yang ingin membuat liputan dengan salah seorang daripada mereka datang daripada agensi media Snowball.
Park Hang Seo sempat menanyakan 2 Wartawan asal Korea Selatan yang dikira staf STY untuk Timnas Indonesia di Konferensi pers jelang laga semifinal Leg 1, Indonesia vs Vietnam. Namun faktanya adalah mereka benar-benar merupakan wartawan untuk media Korea.😂https://t.co/8efXMstztC
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) January 5, 2023
Untuk info, kedua wartawan itu sebenarnya telah pun membuat liputan skuad kebangsaan Indonesia sejak saingan Piala AFF berlangsung dan khususnya tumpuan diberikan kepada Shin Tae-yong.
Pada sesi sidang media tersebut, Hang-seo tidak berada lama untuk memberi perkongsia semasa persiapan skuadnya, setelah ianya berlangsung tidak sampai beberapa minit.
Vietnam boleh dikatakan sebagai pasukan paling konsisten setakat ini dalam saingan Piala AFF 2022, selepas mereka dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengetepikan lawan.
Sehingga ke aksi separuh akhir ini, Vietnam hanya sekali mencatat keputusan seri ketika berdepan Singapura dan selebihnya mereka berjaya memperoleh kemenangan, termasuk ketika berdepan Malaysia.
Mode Park Hang Seo pelatih Vietnam di AFF setiap sebelum laga dimulai.
PHS vs Malaysia = Taktik Kim Pan Gon tak jelas!
PHS vs Singapore = Rumput sintetis jadi masalah!
PHS vs Indonesia = Kamu ngapain disini. Kamu Bukan Media ?Psywar laga jadi hal "WAJIB" bagi PHS! pic.twitter.com/bJO660ueEB
— Tommy Desky (@Tommy_desky) January 5, 2023
Aksi separuh akhir pertama ini akan berlangsung pada hari esok di SUGBK sebelum Vietnam menjadi tuan rumah tiga hari selepas itu di Stadium My Dinh.