Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner menuntut supaya penyerang import pasukan tersebut dari Thailand iaitu Adisak Kraisorn supaya tampil lebih berbisa untuk siri perlawanan akan datang.
Adisak menyertai Terengganu pada awal musim ini dengan reputasi cukup tinggi, selepas beliau diketahui ramai peminat bola sepak sebagai antara penyerang paling berbisa bersama skuad kebangsaan Thailand.
Congrats Thailand!👍
Job well done, Adisak Kraisorn!🔥
Have a good recovery, Ultraman. Terengganu football fans are waiting for ya!🫵 pic.twitter.com/g7WnFoeLY7
— Roro O'Monstro🇲🇾⚫️⚪️🔴🇧🇷 (@Roromeo_MUFC10) January 16, 2023
Namun impak diberikan oleh Adisak setakat ini jelas belum cukup menyakinkan di posisi serangan Terengganu selain dihimpit dengan isu kecederaan.
Malah sejak beberapa perlawanan lalu, kredibiliti Adisak mula dipersoalkan segelintir penyokong Sang Penyu yang kurang berpuas hati dengan impak dipamerkan oleh penyerang tersebut di posisi serangan utama pasukan kesayangan mereka.
Menjelang aksi seterusnya, penyerang dari Thailand itu dijangka bakal menjadi pertaruhan utama Steinbruckner bagi perlawanan membabitkan pasukan tersebut menentang Kuala Lumpur City (KL City) untuk saingan separuh akhir Piala Malaysia 2023.
Menurut Steinbruckner, beliau mahu Adisak mempamerkan kemampuan sebenar beliau selaku seorang penggempur berbisa buat Terengganu terutama sekali selepas bangkit daripada siri kecederaan agak lama.
Malah, pengendali dari Croatia itu juga mahu Adisak memanfaatkan perlawanan separuh akhir pertama ini dengan memberi impak penting di posisi seranvan sebelum aksi setedusnya di halaman sendiri.
Rekod semasa kini menyaksikan Adisak baru meledak tiga gol bersama Terengganu daripada 15 perlawanan dilalui beliau pada musim 2023.
Antara faktor penurunan prestasi beliau dijangka berpunca daripada tempoh pemulihan yang dilalui oleh Adisak sangat lama sehingga memerlukan pemain tersebut mencari kembali momentum terbaik untuk tampil menggembirakan para penyokong.
📹 HIGHLIGHTS: @perakfcofficial 0-3 @FCTerengganu
Jaringan oleh Adisak Kraisorn, Sony Norde dan Jordan Mintah memberikan tiga mata penuh kepada Terengganu di Ipoh.
👉 https://t.co/loAM9lkNUK#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/98qZKXNIwF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 3, 2023
“Saya percaya Adisak kini begitu fokus untuk memburu jaringan selepas sekian lama berehat akibat kecederaan yang dialaminya dan sudah pasti dia memerlukan sedikit masa untuk kembali bertenaga.
“Ia adalah berita yang baik buat kami lebih-lebih lagi kami memerlukan kemenangan dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia bagi melangkah ke pentas final selain baki saingan Liga Super dan Piala AFC.
“Apa yang kami harapkan dia (Adisak) perlu membuktikan kemampuannya setiap kali diturunkan selain mengambil peluang kerana dia adalah penyerang yang bagus.
“Namun saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain itu, saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol asalkan pasukan TFC mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini selepas terkandas di peringkat separuh akhir musim lalu kepada Selangor FC,” katanya menerusi petikan Harian Metro.