Pengendali utama Terengganu, Tomislav Steinbruckner jelas gembira selepas melihat prestasi ditampilkan oleh para pemainnya ketika mengharungi saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bersama Harimau Malaya.
Pada aksi tersebut, tiga pemain Terengganu dibawa turun beraki untuk mewakili Malaysia ketika berdepan cabaran Kyrgyzstan dengan keputusan perlawanan berakhir 1-1 di gelanggang lawan.
Paling mencuri tumpuan Steinbruckner pada aksi tersebut sudah tentu terarah kepada pertahanan kental, Safwan Mazlan yang mencipta penampilan sulung buat Harimau Malaya.
Pada saingan tersebut, Safwan telah pun diberi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama dan beliau membalas kepercayaan Kim Pan-gon menerusi aksi cukup menyakinkan.
Sepanjang beraksi di atas padang, Safwan Mazlan sangat tenang mengawal posisi pertahanan negara serta membentuk persefahaman baik bersama rakan sepasukan lain.
Walaupun dilihat sedikit gugup pada awal permainan, Safwan perlahan-lahan berjaya mengatasinya serta memberi impak besar pada aksi tersebut.
Melihat kepada aksi tersebut, Steinbruckner tampil menghamburkan pujian walaupun ini merupakan penampilan sulung buat bintang muda Terengganu itu buat pasukan senior kebangsaan.
“Walaupun baru kali pertama mewakili skuad Malaysia, corak permainannya mantap.
“Malah dia (Safwan) juga tenang dan bijak membaca pergerakan sebelum berjaya mematahkan serangan lawan, hantarannya juga baik.
“Saya lihat pemain ini adalah permata baharu skuad kebangsaan, buat dua lagi pemain kami iaitu Akhyar Rashid dan Safawi Rasid yang diberikan peluang beraksi, tahniah juga kerana berjaya membantu pasukan Malaysia membawa pulang satu mata,” kata Steinbruckner menerusi laporan telah dikeluarkan sendiri oleh Harian Metro.
Pada masa sama, Steinbruckner turut menasihati Safwan supaya perlu bekerja lebih keras selepas ini dan tidak hanyut akan pujian untuk kebaikan pemain tersebut pada masa hadapan.
Selain Steinbruckner, para penyokong Harimau Malaya sendiri turut memberi pujian penuh buat Safwan sepanjang beliau beraksi di media sosial dan ini menjadikan Kim memiliki lebih banyak pilihan pertahananan pada masa hadapan.
Untuk aksi seterusnya berdepan Taiwan, ada kenungkinan besar Safwan akan terus dijadikan sebagai pilihan utama Kim demi mengekalkan momentun positif barisan pertahanan Malaysia.