Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner enggan dibayangi aksi lalu bagi memberi fokus sepenuhnya pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 berdepan Selangor.
Musim ini menyaksikan kedua pasukan tersebut sudah pun pernah bertembung dengan kemenangan besar 5-1 memihak kepada Selangor bagi saingan Liga Super pada 18 April lalu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Pastinya ia menjadi suatu sejarah hitam yang tidak ingin dikenang oleh Steinbruckner kerana mereka akan membuat perhitungan seterusnya pula bagi aksi Piala Malaysia dengan perlawanan bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.
⚪️⚫️ PIALA MALAYSIA SUKU AKHIR 1 ⚫️⚪️
Terengganu FC lwn Selangor FC
🗓 16 September 2023
🕰 9.00 Malam
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pic.twitter.com/PYjf5e6u3S— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 15, 2023
Untuk aksi ini, Steinbruckner menuntut para pemain kendalianny supaya memberi fokus penuh sehingga ke wisel penamat untuk mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku.
Menyedari situasi aksi pada malam ini sesuatu yang sukar, pengendali dari Croatia itu berharap agar Terengganu mampu mencatat keputusan positif sebagai bekalan selesa sebelum ke saingan suku akhir kedua di MBPJ pula pada 24 September ini.
Kata Steinbruckner lagi, aksi malam ini juga dianggap sangat penting kerana bakal menjadi pencetus motivasi buat para pemain sebelum mereka mengharungi aksi pertama Piala AFC berdepan wakil dari Australia iaitu Central Coast Mariners pada 20 September di SSMZA.
“Kemenangan ke atas Selangor FC malam esok bakal melonjakkan lagi motivasi pemain untuk menghadapi kelab Australia dalam saingan Piala AFC.
“Namun kami tahu Selangor FC pasukan yang bagus dan ramai pemain kebangsaan, malah aksi Liga Super pusingan pertama sebelum ini, kami tewas 1-5 kepada pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu.
“Tapi itu cerita lama, lagipun pada perlawanan itu pemain kami banyak membuat kesilapan individu sehingga kami tewas dengan jumlah jaringan yang besar.
“Tapi kini pasukan sudah berubah dengan banyak peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.
Pada masa sama, beliau juga ingin memantau terlebih dahulu perkembangan semasa empat bintang muda Terengganu yang sebelum itu beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia bawah 23 (B-23) 2024 sebelum menentukan jika akan disenaraikan atau tidak pada perlawanan bertemu Selangor.
Final step before tomorrow game 🤜🤛
Terengganu FC lwn Selangor FC
🗓 16 September 2023
🕰 9.00 Malam
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/aH01uVPB7N— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 15, 2023
Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan, Rahadiazli Rahalim, serta Azam Azmi Murad menjadi empat pemain tonggak Terengganu yang mewakili skuad B-23 bawah kendalian E. Elavarasan lalu serta berjaya membantu Malaysia layak ke saingan Pial Asia B-23 2024.
Pastinya kehadiran empat pemain tersebut ke kem Terengganu dianggap sangat penting kini untuk memperkukuhkan mereka berdepan Selangor.