Pengendali Terengganu Beri Bayangan Bakal Dapatkan Penyerang Import Baharu

Masa depan penyerang import berbisa tahun lalu, Ivan Mamut bersama Terengganu mungkin tidak kekal lama dengan kemungkinan pasukan tersebut bakal mendapatkan pengganti baharu masa hadapan.

Terdahulu, Mamut dilaporkan mengalami kecederaan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula dengan menyaksikan beliau masih belum mencipta sebarang penampilan buat Sang Penyu.

Ketiadaan Mamut menyaksikan Sang Penyu hanya dapat menggunakan seorang sahaja pemain import di posisi penyerang musim ini iaitu Ismahil Akinade selain beberapa tonggak tempatan lain.

Melihat kepada cabaran masih panjang untuk musim 2024/2025, pastinya Tomislav Steinbruckner enggan untuk menunggu lebih lama akan kehadiran Mamut buat pasukan dengan perubahan wajar dilakukan.

Apatah lagi Terengganu kini berada di landasan terbaik untuk cuba mencipta kejayaan baharu menerusi prestasi semasa ditampilkan mereka cukup menyakinkan di atas padang.

Ketika ini, Mamut masih lagi belum pulih daripada kecederaan dan Steinbruckner memberi bayangan bakal menggantikan pemain tersebut untuk jendela perpindahan kedua tidak lama lagi.

“Sekarang sudah hampir enam bulan Mamut tidak boleh beraksi, jadi kami bayangkan perlu mencari penggantinya pada jendela perpindahan kedua nanti bagi memantapkan lagi pasukan, mungkin pemain tengah menyerang ataupun penyerang tulen,” kata Steinbruckner menerusi perkongsian Harian Metro.

Pada masa sama, pengendali dari Croatia itu juga mengakui sudah pun membuat perbincangan bersama pihak pengurusan kelab untuk membincangkan isu tersebut.

“Tiga hari lalu saya sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan kerana kami mempunyai sasaran yang tinggi, jadi keputusan segera perlu dibuat, namun keputusan akhir belum dimuktamadkan lagi kerana saya sedar semuanya bergantung kepada kewangan kelab,” katanya akhir sekali.

Musim lalu menyaksikan Mamut tampil begitu menyerlah selaku penyerang Terengganu apabila beliau berjaya meledak 22 gol daripada 32 penampilan keseluruhan buat pasukan tersebut.

Disebabkan itu Mamut terus bersama Sang Penyu musim ini dengan harapan beliau dapat mengekalkan momentum tersebut selaku penyerang harapan kelab di saingan peringkat domestik.

Namun, sebaliknya pula berlaku dan hanya Akinade seorang kini menjadi harapan utama buat Steinbruckner selaku penyerang utama buat Terengganu dengan pemain itu turut mempamerkan kualiti tersendiri.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN