Pengendali Terengganu Bakal Lepaskan Jawatan Bersama Sang Penyu?

Pengendali utama Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner dilaporkan sedia untuk melepaskan jawatan disandangnya kini jika khidmat beliau tidak lagi diperlukan pasukan tersebut.

Terdahulu, beberapa kritikan keras diberikan oleh sekelompok penyokong Sang Penyu di media sosial selepas prestadi ditampilkan Steinbruckner buat pasukan itu kurang memberansangkan.

Apatah lagi Terengganu yang bertindak selaku tuan rumah juga turut diaibkan oleh wakil kelab dari Kemboja iaitu Svay Rieng FC dalam saingan ACC Shopee Cup 2024/2025 yang berlangsung sebelum itu menerusi keputusan 2-3.

Kekalahan itu bukan sahaja sukar diterima oleh penyokong, malahan aksi ditampilkan oleh para pemain juga jelas sangat mengecewakan sehingga pasukan lawan begitu mudah meraih tiga jaringan.

Kemarahan dilontarkan penyokong sebenarnya bukan sahaja ketika perlawanan tersebut tamat, malah ia sudah pun berlarutan sejak sekian lama apabila beberapa keputusan negatif ditampilkan kelab itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Bila system permainan takdok, ni lah bahananya! Players boleh bola kena tengok dulu member duk mana sblm passing, kena pulok players off form, double tahik jadinya game malam ni.

“Management tido lagi ke takut ke individu nok decide sebelum makin meruncing? Baik mung sayang team dan penyokong drp nok support berterusan individu! Bodo hilang mata kat home!Kapla baby punya game,” antara luahan dilontarkan oleh Ultras Tranung di media sosial.

Beralih kepada Steinbruckner, beliau mengakui sedia lepaskan jawatan selaku pengendali utama kelab jika pengurusan kelab meminta dirinya melakukan perkara tersebut.

Walaupun begitu, pengendali berpengalaman tersebut sedia mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan terlebih dahulu kerana keutamaan terarah kepada kemajuan pasukan.

“Sebagai jurulatih yang diberi kepercayaan membimbing TFC sejak musim lalu, saya sudah dan sentiasa mencari jalan untuk memberikan yang terbaik buat pasukan.

“Namun jika khidmat saya tidak diperlukan lagi, saya sedia kemas beg pada bila-bila, lagipun mana-mana jurulatih profesional di dunia mereka sedia untuk pergi (dipecat).

“Bagaimanapun pihak pengurusan boleh memanggil saya pada bila-bila masa bagi membincangkan perkara itu,” jelas Steinbruckner menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Steinbruckner memegang tampuk kejurulatihan Sang Penyu sejak musim lalu bersama hasil yang cukup menyakinkan sebenarnya sebelum ia tampil serba tidak menjadi pada saingan kali ini walaupun ada beberapa rombakan telah dibuat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN