Kelibat penyerang kebangsaan Thailand iaitu Adisak Kraisorn mungkin tidak begitu meninggalkan impak besar dalam saingan Piala AFF 2022 buat para penyokong bola sepak Asia Tenggara.
Namun sesekali beliau diturunkan selaku pemain gantian, Adisak cepat memberi reaksi positif di posisi serangan termasuk dalam menghasilkan gol buat Thailand.
🌟 #THAvMAS 𝗠𝗔𝗡 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗠𝗔𝗧𝗖𝗛
🇹🇭 Adisak Kraisorn
An impressive display in attack and a goal to show for it ⚽️#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/Uscqes7Ngz
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 10, 2023
Sehingga kini, Adisak sudah pun meledak dua jaringan daripada enam perlawanan dihadapi Thailand dalam saingan tersebut dan bermula selaku pemain gantian.
Walaupun Teerasil Dangda lebih mencuri tumpuan menerusi gol-gol yang diledak beliau sepanjang kejohanan ini, ianya tidak memberi masalah buat Adisak untuk tetap tampil positif melalui pengalaman dimiliki beliau.
Perkara ini jelas menggembirakan pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner, selepas melihat reaksi positif ditampilkan oleh penyerang import mereka itu di atas padang.
Adisak yang mengesahkan kontrak beliau bersama Terengganu musim ini boleh dianggap sebagai salah satu siri perpindahan yang agak besar buat pasukan tersebut menerusi rekod gah dimiliki pemain itu.
Menurut Tomislav, ketika ini beliau menjadi antara individu paling tidak sabar untuk melihat kelibat Adisak tiba di Terengganu, selepas saingan tersebut berakhir.
Jelas pengendali dari Croatia itu, Adisak dilihat berjaya menemui kualiti penyudah yang sangat baik, walaupun kurang beraksi serta diturunkan selaku pemain gantian.
💪 Adisak's redemption for 2018!#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #THAvMAS pic.twitter.com/NVOjcN1lxY
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 10, 2023
“Saya tidak pernah bertemu beliau sebelum ini tetapi saya sudah melihat beberapa klip video dan saya mendapat sedikit maklumat. Saya tahu beliau seorang pemain terkenal di sana dan ASEAN.
“Beliau tidak banyak beraksi di peringkat kumpulan (AFF) tahun ini tetapi Adisak menjaringkan satu gol untuk membawa Thailand ke final. Nampak sangat baik dan saya tidak sabar untuk bertemu beliau,” katanya menerusi BERNAMA.
Pada masa sama, Tomislav juga menyatakan beliau kini mempunyai perancangan tersendiri mengenai Adisak, selepas melihat situasi semasa pasukan dikendalikannya kini mempunyai tiga penyerang import.
Kemungkinan untuk Tomislav menggunakan satu atau dua penyerang pada sesuatu perlawanan itu bakal diputuskan beliau kemudian bergantung kepada situasi.
“Saya tahu kualiti beliau (Adisak) dan Ivan. Ivan yang sedikit muda mungkin boleh melakukan banyak larian tetapi Adisak beliau adalah seorang penjaring terbanyak kami akan meneliti perkembangan mereka,” tambah Tomislav.
Welcome Adisak Kraisorn pic.twitter.com/c3lFkCtNG2
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 22, 2022
Selain Adisak, Terengganu juga menandatangani khidmat penyerang baharu dari Croatia iaitu Ivan Mamut serta mengekalkan pemain dari Ghana iaitu Jordan Mintah.