Pengendali Terengganu Akui Sedia Hadapi Cabaran BG Pathum United

Pengendali utama Terengganu iaitu Badrul Afzan Razali tampak bersedia dengan segala persiapan dibuat kini untuk menghadapi cabaran wakil kelab dari Thailand, BG Pathum United untuk saingan ACC Shopee Cup seterusnya.

Terdahulu, Sang Penyu berjaya merekodkan kemenangan 1-0 ketika pasukan tersebut mengetepikan cabaran kelab dari Indonesia iaitu PSM Makassar menerusi ledakan Safawi Rasid.

Kemenangan itu kini meletakkan Terengganu di tangga kedua Kumpulan A di belakangan BG Pathum United dengan hanya dibezakan satu mata sahaja.

Melihat pada aksi tersebut yang akan berlangsung pada Rabu ini, sudah tentu Badrul membuat persiapan rapi terutama sekali daripada segi disiplin pemain di atas padang untuk mengelak sebarang kemungkinan.

Ini kerana wakil kelab dari Malaysia itu masih memiliki peluang terbuka untuk menuju ke pusingan seterusnya jika mereka mampu meraih kemenangan mengatasi BG Pathum United.

Walaupun begitu, Badrul tidak menolak pasukan kendaliannya itu bakal menghadapi aksi cukup sukar kerana mereka akan berkunjung ke gelanggang rasmi kelab lawan.

Selain itu Badrul turut mengakui mereka sudah pun bersedia untuk berdepan pasukan lawan biarpun sedikit keletihan selepas mengharungi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia lalu berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kami ramalkan aksi sukar bakal menanti anak buah saya berdepan kelab dari Thailand itu dalam misi untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

“Tapi pemain kami sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan pasukan tuan rumah itu walaupun sedikit keletihan selepas mengharungi saingan liga dan Piala Malaysia.

“Pada masa sama peluang buat kami untuk mara ke separuh akhir terbuka luas, yang penting kami perlu menang,” kata beliau menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Pada aksi terakhir ini, tiada jalan lain untuk Terengganu dengan hanya kemenangan sahaja mampu membawa pasukan tersebut untuk mara ke pentas seterussnya.

Daripada segi pemain, hanya Nelson Bonilla sahaja tidak dapat beraksi kerana beliau tidak didaftarkan pada saingan tersebut dan ini menyaksikan Ismaheel Akinade akan terus menjadi pertaruhan utama di posisi serangan.

Selain itu, Argzim Redzovic juga mungkin tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan pada saingan lalu dan Badrul berkemungkinan akan mempertaruhkan tenaga tempatan di posisi pertahanan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN