Pengendali Terengganu Ada ‘Resepi’ Tersendiri Walau Tanpa 4 Tonggak Import

Terengganu dilihat bakal berdepan laluan sukar untuk mereka mendapatkan tiga mata penting bagi perlawanan seterusnya dalam saingan Liga Super 2023 malam ini di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, segalanya tampak berkelebihan buat mereka dengan sudah tentu bakal mendapat sorakan penuh daripada penyokong Sang Penyu sepanjang aksi berlangsung.

Namun ia dilihat tampak mula sukar, selepas pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner mengesahkan empat pemain import mereka tidak dapat dibawa turun untuk aksi berdepan Kedah Darul Aman (Kedah).

Jelas Steinbruckner, empat pemain import yang terpaksa diketepikan itu membabitkan dua tonggak pertahanan Sardor Kulmatov serta Argzim Redzovic selain Ivan Mamut dan Jordan Mintah juga tidak dapat beraksi bagi perlawanan seterusnya.

Walaupun kehilangan empat pemain tersebut, jurulatih kelahiran Croatia itu menegaskan beliau mempunyai perancangan tersendiri untuk menghadapi Kedah, dan kebangkitan perlu dibuat selepas mereka tewas di tangan Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Piala FA lalu.

Menurut Steinbruckner, Kulmatov terpaksa diketepikan selepas tampil cemerlang sebelum ini untuk bergandingan bersama Shahrul Nizam Ros Hasni di posisi pertahanan tengah kerana masih dihantui isu kecederaan.

Mengenai Mamut dan Redzovic pula, kedua pemain ini terpaksa menjadi penonton kepada perlawanan tersebut kerana menjalani hukuman penggantungan akibat layangan kd merah.

Untuk Mintah, ianya sedikit berbeza kerana penyerang berbisa itu diketepikan kerana mempunyai isu disiplin dalam pasukan dan tidak akan beraksi.

“Berdepan dengan Kedah FC, kami ada sedikit masalah kerana ada beberapa pemain yang tidak dapat beraksi kerana menerima kad merah iaitu Mamut dan Redzovic manakala Kulmatov masih belum cergas sepenuhnya walaupun sudah menjalani latihan.

“Mintah pula saya ketepikan daripada skuad utama, dia akan beraksi dengan pasukan Terengganu FC II (TFC II), kerana ada masalah disiplin, saya tidak mahu bekerjasama dengan pemain yang tidak percaya dengan saya,” kata jurulatih tersebut menerusi Berita Harian.

Untuk mengatasi isu kehilangan empat pemain tersebut, Steinbruckner menerangkan beliau sudah pun mempunyai bayangan pengganti untuk disenaraikan berdepan Kedah.

“Saya akan putuskan petang esok (hari ini) siapa yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama, kita ada penyerang Thailand, Adisak Kraisorn, Safwan Mazlan di bahagian pertahanan selain beberapa pemain bawah 23 tahun yang dipanggil.

“Jadi saya harapkan pemain yang disenaraikan nanti perlu pamerkan kualiti sebenar dengan beraksi bersungguh-sungguh apabila diberi peluang selain berdisiplin, pada masa sama mengharapkan sokongan padu daripada peminat setia TFC,” katanya lagi.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN