Pengendali Selangor Tegas Pasukan Tidak Beraksi Dengan Buruk Sejak Beberapa Perlawanan Lalu

Sejak beberapa minggu ini, jelas Selangor antara pasukan paling mencuri tumpuan terutama sekali dalam kalangan penyokong mereka setelah tampil dengan aksi kurang menyakinkan serta sukar untuk mencatat kemenangan.

Namun, perlawanan semalam boleh dianggap berjaya untuk sekurangnya membuktikan mereka masih lagi antara pencabar saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila berjaya menewaskan Kuala Lumpur City (KL City), dalam aksi pusingan kedua Piala FA 2022.

Kemenangan tersebut juga umpama bukti mengenai Selangor sentiasa berusaha keras untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan dihadapi mereka.

Michael Feichtenbeiner selaku pengendali Selangor menegaskan tiada satu pasukan pun di dunia termasuk Manchester City boleh meraih kemenangan dalam setiap perlawanan dibadapi.

Walaupun begitu, beliau bersama rakan kejurulatihan lain sentiasa berusaha keras untuk menggembirakan para penyokong kelab dengan cuba untuk dapatkan lagi kemenangan pada siri perlawanan akan datang.

“Sudah pasti kami mahu menang setiap perlawanan, tetapi saya fikir tiada pasukan di dunia ini walau Manchester City sekali pun yang boleh memenangi setiap perlawanan.

“Tapi yang penting kami mahukan kemenangan, jika turun beraksi kami mahu menyerang dan menang. Untuk saya, kami tidak beraksi buruk dalam beberapa perlawanan sebelum ini terutama berdepan Sabah.

“Hari ini adalah bagus, tapi perlawanan seterusnya, setiap orang mengharapkan tiga mata, jadi kami pergi untuk mendapatkan tiga mata,” katanya selepas perlawanan menerusi Berita Harian.

Pada perlawanan semalam, Selangor mengesahkan slot ke pusingan suku akhir Piala FA untuk berdepan Sabah setelah jaringan tunggal daripada pemain muda berbakat mereka, Aliff Haiqal berjaya mengetepikan cabaran KL City.

Sebelum itu, pengendali dari Jerman ini mendapat tekanan hebat daripada penyokong Selangor ekoran aksi hambar yang dipamerkan oleh pasukan dalam beberapa perlawanan.

Pada masa sama, Feichtenbeiner menganggap kemenangan semalam sehingga melayakkam Selangor ke pusingan suku akhir Piala FA itu sebagai hadiah buat dirinya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini.

“Ia bagus untuk hari ulang tahun kelahiran jika kita menang. Terima kasih kepada pemain untuk persembahan yang baik dan saya berasa mereka sangat (bersungguh-sungguh) dengan banyak tekanan diberikan kepada kami ketika ini,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN