Pengendali Selangor iaitu Katsuhito Kinoshi impi untuk memberi kegembiraan buat para peminat menerusi kemenangan sekali gus memastikan pasukan tersebut melangkah ke pentas akhir MFL Challenge Cup 2024/2025.
Terdahulu, prestasi semasa ditampilkan The Red Giants kurang menyakinkan apabila mereka hanya mampu meraih kemenangan tipis 1-0 sahaja mengatasi Penang di gelanggang lawan.
Pada aksi itu, Selangor dilihat tampil serba tidak menjadi sehingga ada situasi menyaksikan Penang tampil lebih konsisten sepanjang aksi berlangsung.
Bersambung di saingan Liga Super, pasukan itu sekali lagi menghadapi Penang dan nasib mereka tidak begitu baik apabila diikat seri oleh lawan melalui keputusan penuh 1-1.
Dua keputusan kurang memuaskan itu jelas mengundang kritikan segelintir peminat di media sosial yang berharap supaya Selangor mampu beraksi dengan lebih konsisten.
Jelas Kinoshi yang hadir dari Jepun, beliau berharap cuaca baik dapat mengiringi perlawanan itu untuk menghadapi pasukan lawan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Malah, Kinoshi turut menuntut para pemain untuk memberi fokus penuh dan memberi kemenangan demi impian para peminat yang setia memberi sokongan kepada pasukan.
“Kita perlu fokus untuk aksi ini dan selepas menyaksikan penyokong terus memberi sokongan kepada kami dalam hujan, kami perlu memberikan kemenangan kepada mereka pada perlawanan seterusnya (separuh akhir Piala Cabaran MFL).
“Saya harap cuaca akan lebih baik untuk aksi separuh akhir kedua nanti. Kita akan bersedia sepenuhnya dan akan memilih pemain yang terbaik untuk diturunkan pada perlawanan ini.
“Sudah tentu kita tidak berpuas hati dengan keputusan seri ini (menentang Penang FC pada Liga Super) kerana sasaran kita adalah untuk meraih kemenangan,” kata pengendali itu menerusi Berita Harian.
Untuk aksi ini sudah tentu Selangor enggan mencipta sebarang keputusan negatif yang menghalang mereka untuk melangkah ke pentas akhir.
Antara kelemahan utama akan diperbaiki sudah tentu membabitkan aspek serangan yang terdahulu dilihat sangat tumpul serta kurang daripada segi kreativiti.
Sementara itu, posisi serangan membabitkan Ronnie Fernandez bersama rakan sepasukan juga sudah tentu diberi nasihat terbaik untuk mengharungi aksi tersebut.