Pengendali Persija Jakarta Gesa PSSI Pandang Serius ‘Insiden Berdarah’ Terhadap Pemainnya

Thomas Doll selaku pengendali Persija Jakarta menggesa agar Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) supaya memandang serius isu kecederaan dialami salah seorang pemainnya pada perlawanan Ahad lalu.

Menurut beliau, pemain lawan iaitu Arthur Bonai wajar dikenakan hukuman berat kerana telah memberi kecederaan agak serius kepada anak buahnya, Ondrej Kudela ketika aksi Persija Jakarta bertemu Rans Nusantara.

“Saya sangat tidak berpuas hati dengan insiden tersebut, apatah lagi melihat sendiri pemain saya mengalami kecederaan. Saya harap pemain tersebut menerima hukuman setimpal.

“Segalanya kini terarah kepada PSSI. Jika tak ada sebarang tindakan diambil, maka ia sesuatu yang mustahil untuk terus mempercayai bola sepak di sini,” jelas Doll menerusi CNN Indonesia.

Pengendali yang berasal dari Jerman itu jelas sangat hairan dengan situasi yang berlaku pada perlawanan tersebut, apabila pengadil hanya memberi layangan kad kuning kepada Arthur Bonai.

Menurut Doll, sepatutnya layangan kad merah perlu diberikan terus kepada Bonai, kerana tindakan pemain tersebut yang menggunakan siku untuk mencederakan Kudela sangat berbahaya.

Malah disebabkan insiden tersebut, Kudela terpaksa menerima tiga jahitan di bahagian muka kerana kecederaan agak serius dialami pemain tersebut.

“Kudela jelas mengadu kesakitan pada bahagian kepalanya selepas insiden tersebut, dan pemain itu terus dikejarkan ke hospital selepas perlawanan berakhir.

“Situasi beliau mungkin akan lebih teruk sekiranya terlambat untuk menerima pemeriksaan daripada pihak hospital.

“Sepatutnya pemain Rans Nusantara berjersi nombor 22 itu patut dikeluarkan sahaja dari beraksi di atas padang,” luah Doll dengan agak kecewa.

Pada masa sama Doll juga menjelaskan sekiranya tiada tindakan diambil, beliau pastinya berasa sangat ralat kerana tiada sifat kesukanan dipamerkan.

Tambah Doll, aksi tersebut pastinya disaksikan oleh anak-anak muda di stadium atau televisyen yang sudah tentu memberi gambaran tidak baik.

Insiden tersebut berlaku pada penghujung perlawanan di Stadium Pakansari, Bogor dengan kemenangan berpihak kepada Persija 3-0 mengatasi Rans Nusantara.

Walaupun dilayangkan kad kuning, Bonai juga berkemungkinan bakal menerima hukuman daripada PSSI sekiranya perkara tersebut diambil serius.

Selain itu, pemain tersebut juga sebenarnya sudah pun mengeluarkan kenyataan memohon maaf mengenai kejadian tersebut dan mengatakan beliau tidak mempunyai niat untuk mencederakan Kudela.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN