Kim Pan-gon Beri Sebab Ketiadaan Shahrul Saad Dalam Kem Latihan

Semalam, sesi latihan pertama buat pasukan kebangsaan telah pun bermula dengan kebanyakan pemain telah pun dikumpulkan di Wisma FAM, Kelana Jaya untuk membuat persiapan aksi King’s Cup yang bakal berlangsung di Chiang Mai, Thailand.

Sesi latihan itu menyaksikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysis (FAM) turut hadir untuk bertemu barisan pemain serta kejurulatihan skuad kebangsaan.

Namun sepanjang sesi latihan pertama berlangsung, ada beberapa pemain yang disenaraikan sebelum itu dilihat tidak ada bersama rakan sepasukan lain dan menimbulkan persoalan.

Antara pemain yang tidak kelihatan ialah tonggak pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Shahrul Saad yang menimbulkan persoalan mengapa beliau tidsk kelihatan bersama rakan-rakan lain.

Manakala seorang lagi turut tidak hadir ialah Dion Cools yang diberitakan bakal bersama skuad negara ketika di Chiang Mai nanti kerana masih ada urusan perlu diselesaikan sebelum itu.

Menurut Kim Pan-gon selaku pengendali utama skuad kebangsaan, beliau menyatakan Shahrul Saad tidak dapat hadir dalam sesi latihan pertama ini kerana mengalami masalah kesihatan selepas selesai melapor diri menerusi laporan Harian Metro.

Selain itu, Pan-gon juga berharap agar 25 pemain yang bakal dibawa beliau ke Chiang Mai nanti dapat memberikan aksi terbaik untuk skuad negara.

“Kami akan membawa semua 25 pemain ke Thailand dan berharap mereka dapat memberikan aksi terbaik,” kata jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu.

Ketika ini, 23 pemain pilihan Pan-gon itu sudah pun berjaya melaporkan diri masing-masing dan jelas ia memberi kelegaan buat jurulatih itu untuk mempersiapkan segalanya menjelang aksi sulung King’s Cup Thai pada 22 September ini.

Pada aksi sulung perlawanan, Malaysia bakal bertemu Thailand selaku tuan rumah terlebih dahulu pada 22 September, selain satu lagi aksi turut berlangsung membabitkan antara Trinidad & Tobago bersama Tajikistan.

Menerusi format permainan yang mudah, mana-mana pasukan yang tewas dalam aksi pertama bakal bersaing sesama mereka untuk merebut posisi ketiga dan keempat kejohanan tersebut.

Para pemenang aksi pertama pula bakal membuat perhitungan di pentas final untuk merebut kejuaraan tersebut yang akan berlangsung pada 25 September.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN