Pengendali Malaysia Enggan Sekadar ‘Tangkap Muat’ Pemain Naturalisasi Baharu

Pengendali utama Malaysia iaitu Pau Marti Vicente mengakui beliau bersikap terbuka untuk mengambil mana-mana pemain naturalisasi yang dianggap layak untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Melihat kepada perkembangan semasa di negara lain kini, kebanyakan mereka telah pun bersikap terbuka untuk mendapatkan pemain naturalisasi bagi mengukuhkan pasukan di pentas antarabangsa.

Enggan ketinggalan, Malaysia juga dilihat mungkin akan bersikap lebih terbuka untuk menilai mana-mana pemain naturalisasi memiliki kelayakan terbaik bagi menyarung jersi Harimau Malaya.

Setakat ini, skuad kebangsaan dilihat mula memfokuskan pemain-pemain memiliki pertalian darah bersama Malaysia dari luar negara untuk dibawa menyertai skuad bola sepak kebangsaan.

Antara nama dikaitkan termasuk bintang dari England iaitu Joshua Brownhill, Marcus Tavernier, Mats Deijl, dan beberapa lagi pemain lain dari luar negara.

Walaupun begitu, ada kemungkinan juga Pau Marti bakal mempertaruhkan pemain naturalisasi berkelayakan untuk memenuhi kekuatan semasa Malaysia di saingan lebih tinggi.

“Banyak negara turut menggunakan pemain naturalisasi dan ini adalah realitinya ketika ini. Dari pandangan seorang jurulatih, saya fikir kalau mereka layak bermain untuk negara, kita perlu menilai mereka.

“Kita perlu melihat sama ada mereka benar-benar baik ataupun tidak untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kita.

“Perkara ini berlaku untuk setiap negara jadi saya rasa ia akan menjadi perkara yang sama untuk Malaysia juga,” jelas bekas pembantu jurulatih Akademi Barcelona itu menerusi perkongsian Berita Harian.

Untuk rekod, Malaysia kini sudah pun mendaftarkan lapan pemain naturalisasi dan masing-masing mempunyai cerita sendiri daripada segi sumbangan buat pasukan kebangsaan.

Lapan pemain itu merupakan Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero, Lee Tuck, Paulo Josue, Endrick dos Santos, serta Romel Morales.

Untuk kejohanan Pestabola Merdeka 2024 baru-baru ini, Pau Marti sekadar memanggil tiga pemain naturalisasi untuk memperkukuhkan Harimau Malaya iaitu Romel Morales, Endrick dos Santos, serta Paulo Josue.

Pada pandangan anda, pemain import mana wajar dicadangkan selaku calon naturalisasi baharu untuk skuad kebangsaan pada masa hadapan bawah kendalian Pau Marti?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN